Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
love

4 Cara Tepat Dekati Jejaka Idaman

Takut digelar ‘perigi mencari timba?’ Abaikan. Fearless girl tak takut untuk cuba dekati jejaka idaman. Cosmo kongsikan cara untuk kamu pikat si dia dan buat dia sangka bahawa dialah yang sedang memikatmu. 

love

 

Pandang si dia dua kali

Dia tak faham kod rahsia jika kamu hanya memandangnya sekali. Si dia perlukan eye contact. Pandang jejaka idaman kamu beberapa kali supaya dia faham akan maksudmu. Secara tak langsung, dia akan lebih yakin untuk dekati kamu.

Cari topik sesuai

Pilih topik menarik yang boleh kalian sembang panjang. Sebelum itu, buat homework tentang dirinya seperti apa hobinya. Jika tahu minatnya, itu bonus. Contohnya jika si dia suka larian maraton, apa kata kamu bualkan acara larian yang bakal berlangsung Jun ini. Mana tahu jika nasib kamu baik, si dia akan ajak kamu ikut serta.

Kalimat ajaib

Jalan ke arahnya dan tanya “Boleh I tanya sesuatu?”. Secara tak langsung, si dia rasa dirinya penting. Sambung: “I dan teman tengah cari kafe best untuk lepak. Pada pendapat you, kafe mana paling hype sekarang?” Tanpa sedar, si dia senang hati pelawa kamu lepak di kafe kegemarannya.

Puji dengan bijak

Jika kamu puji cara si dia berpakaian, nampak sangat kamu tak ikhlas. Cosmo nasihatkan kamu puji indirect seperti “I suka buku yang you sedang baca tu. You have a great taste.” Secara tak langsung, si dia akan kongsikan pendapatnya tentang buku tersebut.

Foto: INGimage

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor