Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Cara Pakai Highlighter Untuk Cipta Seri Wajah Berbeza

Sekarang kamu boleh kuasai skill mekarkan wajah dengan highlighter like a pro.

Seperti memilih pakaian, sebelum memakai mekap kamu perlu tanya diri sendiri, "Bagaimana mood kamu hari ini?" Ada hari kamu mahukan wajah yang berseri dengan kemekaran semula jadi, hari lain pula kamu wajah glamor dengan glitter dan sebagainya. Tak kisahlah kemekaran bagaimana yang kamu mahu, ada cara untuk mencapainya. Pelajari cara untuk highlight wajah mengikut pilihan kamu.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

A Shimmery Glow

 

Jika kamu sudah siap bersolek dan mahu menambah kilauan ekstra, layangkan sedikit shimmery product jenis debu atau cream-to-powder di sepanjang tulang pipi dan bawah tulang kening. Sebarkan debu shimmer menggunakan fan brush untuk efek lebih lembut. Jurusolek Mary Phillips mencadangkan agar kamu layangkan matte powder pada pertengahan wajah (tengah dahi, sekitar hidung, bawah mata), dan biarkan bahagian wajah lain tampak berkilau.

 

Pilihan Cosmo: Becca Shimmering Skin Perfector Pressed Highlighter, RM195 (sephora.my)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor