4 Cara Pakai Highlighter Untuk Cipta Seri Wajah Yang Berbeza
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Cara Pakai Highlighter Untuk Cipta Seri Wajah Berbeza

Sekarang kamu boleh kuasai skill mekarkan wajah dengan highlighter like a pro.

Seperti memilih pakaian, sebelum memakai mekap kamu perlu tanya diri sendiri, "Bagaimana mood kamu hari ini?" Ada hari kamu mahukan wajah yang berseri dengan kemekaran semula jadi, hari lain pula kamu wajah glamor dengan glitter dan sebagainya. Tak kisahlah kemekaran bagaimana yang kamu mahu, ada cara untuk mencapainya. Pelajari cara untuk highlight wajah mengikut pilihan kamu.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

A Matte Highlight

 

Buat kamu yang tak gemar langsung dengan kilauan tapi tetap mahu wajah tampak menyerlah, cuba highlighting dengan penyamar. Gunakan sama ada palet kontur atau penyamar matte dengan dua tona lebih cerah daripada tona sebenar kulit kamu, kemudian sapu pada bahagian tertentu di wajah menggunakan span atau stippling brush. Jurusolek Mary Phillips mencadangkan kamu sapu penyamar betul-betul di kawasan yang disimbahi cahaya (tengah dahi, tengah pipi dan bawah mata). Highlighting sebegini sempurna bila digandingkan dengan teknik kontur untuk memastikan cahaya fokus di bahagian tengah wajah.

 

Pilihan Cosmo: Kat Von D Beauty Shade + Light Contour Palette, RM250 (sephora.my)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor