Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Cara Pakai Highlighter Untuk Cipta Seri Wajah Berbeza

Sekarang kamu boleh kuasai skill mekarkan wajah dengan highlighter like a pro.

Seperti memilih pakaian, sebelum memakai mekap kamu perlu tanya diri sendiri, “Bagaimana mood kamu hari ini?” Ada hari kamu mahukan wajah yang berseri dengan kemekaran semula jadi, hari lain pula kamu wajah glamor dengan glitter dan sebagainya. Tak kisahlah kemekaran bagaimana yang kamu mahu, ada cara untuk mencapainya. Pelajari cara untuk highlight wajah mengikut pilihan kamu.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

A Dewy Finish

 

Untuk penampilan wajah yang sihat dan segar, jurusolek Wendy Rowe mengatakan, kulit yang terhidrat dan lembap adalah kuncinya. Untuk capai look begini, campurkan satu titik liquid illuminator dengan pelembap, kemudian sapu ke wajah. Atau, jika kamu sebahagian wajah saja yang tampak dewy, gunakan jari untuk pedap shimmer-free highlighting product (seperti salap atau stick) pada bahagian wajah yang kamu mahu fokus, seperti tulang pipi atau tulang kening.

 

Pilihan Cosmo: Benefit High Beam Face Highlighter, RM135 (sephora.my)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor