Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
4-cara-atasi-gangguan-tidur

4 Cara Atasi Gangguan Tidur

Ya, hubungan seks adalah sesuatu yang hebat. Tapi berkongsi katil? Hmm…tidak. Apa yang boleh kamu  lakukan jika tidur bersama suami merupakan salah satu episod mimpi ngeri?

Foto: Shutterstock.com

Cinta sepatutnya memberikan kamu wajah yang berseri-seri, bukan lingkaran bawah mata gelap. Tapi masih ramai yang tidak dapat tidur lena dek kerana diganggu oleh pasangannya beberapa malam dalam seminggu. Kehilangan tidur secara kumulatif tidak baik untuk kamu dan juga pasangan kamu. Satu kajian daripada Duke University Medical Center  mendapati wanita lebih banyak menderita daripada kekurangan tidur berbanding lelaki termasuk depresi, marah dan permusuhan serta risiko yang lebih tinggi untuk penyakit jantung dan diabetes.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. JIKA SI DIA BERDENGKUR…

Amanda dan suaminya, Daniel sedang berbulan madu di Paris. Semua tampak indah dan sempurna sehingga tiba masanya untuk tidur. “Saya tidak tahu bagaimana nak menggambarkan bunyi yang Daniel buat semasa berdengkur,” katanya. “Ia seperti gabungan bunyi beruang dan kuda.” Jika rungutannya kedengaran seperti perkara biasa, ini kerana lelaki lebih cenderung untuk berdengkur (bukan semua salah mereka – sesetengah lelaki mempunyai saluran pernafasan yang lebih besar), sementara wanita pula merupakan lighter sleepers.

…LEPASKANNYA

Mungkin produk pertama yang patut kamu beli apabila bergelar pasangan suami isteri adalah nasal strips. Ia membantu membuka rongga hidung sekali gus mengurangkan dengkuran. Selain  itu, kamu juga boleh menggunakan palam telinga. Pujuk juga suami kamu untuk berjumpa doktor – dia mungkin menghidapi sleep apnea di mana ia boleh menjadi serius jika dibiarkan tidak dirawat.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor