4 Bedak Asas Padat Dengan Formula Hebat - Page 4 of 4 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
4 Bedak Asas Padat Dengan Formula Hebat

4 Bedak Asas Padat Dengan Formula Hebat

Mungkinkah kamu kembali kepada bedak asas padat bila adanya formula sehebat ini?

Duluuuuu (amboi lamanya) orang tak pakai bedak asas cecair sangat, lebih kepada bedak padat sebab mudah nak dibawa ke sana ke-mari. Kemudian bedak padat sepi seketika sebab bedak cecair mula mendapat perhatian daripada ribuan tutorial kecantikan flawless makeup yang macam separuh botol foundation dipakai sesekali bersolek. Tapi kini jenama kecantikan mula menampilkan bedak padat dengan formula hebat yang boleh menghasilkan litupan sempurna yang bertahan. Blending gets easier too!

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Three Pristine Complexion Powder Foundation, RM197

Untuk kulit wajah yang nampak bermaya, di dalam satu compact kamu dapat dua kemasan – bedak asas dan highlighter untuk kamu capai solekan natural sihat dan sempurna: Oleskan dulu 1) Slender Matte, bedak asas halus sebagai litupan asas yang terasa selesa dipakai. Kemudian dengan 2) Slender Glow, layangkan pada bahagian wajah yang lebih menonjol seperti hidung dan tulang pipi seperti biasa. Wajah tidak nampak leper dan kusam lagi.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru