Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
condom benefits

4 Barang Yang Bahaya Digunakan Jika Kehabisan Kondom!

DIY (Do It Yourself) Kondom? Merepek! Kondom adalah alat pencegah kehamilan dan  selamat untuk kulit serta kebersihan yang lebih terjamin. Kalau ada produk yang menyerupai kondom, jangan beli!

condom benefits

1. Plastik sampah. Bulan lalu dilaporkan sepasang kekasih yang juga pelajar di Vietnam menggunakan plastik sampah untuk melakukan hubungan seks kerana malu unutk membeli kondom. Mereka berdua kemudian mengalami pendarahan pada alat sulit dan ditahan di wad kecemasan.

 

2. Sarung tangan getah. Satu tinjauan mengenai kondom dibuat di British pada tahun 2014 yang membabitkan 1,500 wanita mengakui pernah terdengar yang sarung tangan getah adalah alternatif kepada kondom. Salah! Tidak sama sekali. Walaupun diperbuat daripada bahan yang sama (latex) tetapi kondom telah diuji dan bebas bakteria berbanding sarung tangan. Jangan berani cuba gunakan bahan ini ya.

 

3. Shower cap. Carian di Google dan Yahoo mendapati rata-rata remaja pernah menggunakan shower cap sebagai ganti untuk kondom. Jangan ingat ia kalis air, selamat untuk menggantikan kondom! Shower cap menggunakan bahan yang mudah terkoyak.

 

4. Belon. Walaupun kondom menjadi objek gantian kepada belon air, tetapi sebaliknya ia tidak sesuai sebagai gantian kepada kondom. Cat warna yang terluntur daripada belon memudaratkan kulit apatah lagi belon mudah meletup dalam suhu yang hangat! Jangan cuba hangatkan hubungan intim kamu dengan belon. Jadikan belon sebagai props dibenarkan.

Foto: Shutterstock.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness