Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

30 Pengakuan Lelaki (Yang Kamu Teringin Sangat Nak Tahu!)

Panas, panas, panas! Jejaka Malaysia kongsikan pengakuan dan isi hati mereka untuk kamu tatapi dan jadikan pengajaran.

 

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Wanita Lebih Kaya

16. “Hmm, agak pelik kalau wanita yang ada lebih banyak duit daripada lelaki.” – Emil, 30

17. “Kalau nak diikutkan, memanglah rasa tercabar!” – Din, 28

18. Kelau dia kaya tu dah satu hal, ditambah pula kalau dia jenis high maintenance, memang tak bolehlah nak dijadikan teman wanita.” – Zoy, 22

19. “Kemungkinan besar agak sukar nak puaskan hatinya sebab dia sudah tentu senang nak miliki apa diingini.” – Anuar, 24

20. “Kalau lelaki itu tahu wanita itu kaya, tentu dia disangka hidup seperti puteri di rumah padahal dia tak kenal pun wanita itu sedalamnya. Memang lelaki suka menilai wanita dari luaran.” – Hamzah, 27

 

Lelaki Kuat Membisu

21. “Lelaki suka berdiam diri sebab tak mahu ada masalah tambahan kepada masalah sedia ada.” – Ibrahim, 30

22. “Mungkin juga dalam kepala lelaki itu tengah fikir hal lain. Otaknya entah ke mana, tapi hanya mata masih memandang ke arah wanita itu.” – Mohamad, 29

23. “Lelaki tak bertanggungjawab mungkin membisu sebab tengok ‘dada’ wanita ketika si dia sedang bercakap. Jadi dia susah nak concentrate.” – Shahril, 24

24. “Sebab orang lelaki ni banyak berfikir. Ada kalanya fikirkan apa nak dibuat selepas ini, selepas itu dan sebagainya.” – Shakir, 25

25. “Jadi bisu? Sebab dah tak larat layan wanita itu membebel.” – Irwan, 20

 

Seksinya Si Dia!

26. “Bila wanita itu bermain-main dengan rambutnya, memang seksi!” – Farez, 24

27. “Aksi seksi? Bila dia toleh ke belakang kemudian pandang saya.” – Hanif, 29

28. “Jika dia pandai menyanyi dengan penuh perasaan, memang cair dibuatnya.” Azman, 34

 

Jumpa Jejaka Baru

29. “Cubalah ke gim. Memang dapat bantu proses mencari kenalan baru, mesti ramai jejaka single di situ.” – Jim, 33

30. “Kalau ada acara seperti konsert atau gig, cubalah hadirinya. Peluang kamu lebih tinggi.” – Afik, 23

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor