Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

30 Pengakuan Lelaki (Yang Kamu Teringin Sangat Nak Tahu!)

Panas, panas, panas! Jejaka Malaysia kongsikan pengakuan dan isi hati mereka untuk kamu tatapi dan jadikan pengajaran.

 

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Yang Lelaki Suka

1.”Lelaki suka wanita lemah-lembut tapi taklah sampai longlai sangat. Asalkan sopan santun tapi jangan nampak over.” – Halim, 23

2. “Sukanya kalau teman wanita seperti baju. Tapi pastikan saiznya betul, kalau tersilap nanti lelaki tu pula akan rasa macam tak istimewa.” – Farid, 26

3. “Lelaki pun suka kalau wanita yang call dulu.” – Lan, 24

4. “Lelaki sebenarnya suka dengar perempuan bercerita tapi janganlah asyik bercerita masalah saja.” – Dani, 30

5. “Suka wanita yang memakai wangian manis. Wanita berambut lurus dan panjang mudah jadi idaman lelaki.” – Huzir, 28

6. “Lelaki juga nak dimanjai, jadi memang bagus jika si dia jenis ambil berat dan berada bersama saya sepanjang masa.” Kid, 26

7. “Lelaki sebenarnya tak cool, sebab tu kena berlagak cool. Haha…” – Wan, 27

8. “Kalau nak tahu, lelaki sebenarnya lebih pandai masak daripada wanita.” – Samsul, 29

9. “Saya sukakan teman wanita yang sempoi, bila keluar dating cukup sekadar pakai bedak sikit, gincu dan wangian – senang. Tak payah saya tunggu lama untuk dia bersiap.” – Fuad, 25

10. “Tolonglah jangan gedik sebab wanita tu akan nampak leceh, mengada dan seperti mudah saja dia nak layan lelaki lain.” – Putra, 29

11. “Wanita zaman moden pun kena pandai masak ya. Kriteria penting tu!” – Zamry, 26

12. “Lelaki sebenarnya sangat sensitif bila bercakap bab duit.” – Jazlan, 24

13. “Jangan kuat cemburu sangat boleh tak? Lecehnya nak layan orang yang suka fikir perkara bukan-bukan ni.” – Bob, 25

14. “Ada kalanya lebih baik wanita pula yang mengalah apabila bergaduh. Apa salahnya, betul tak?” – Hafizi, 27

15. “Bila lelaki seperti mengelak daripada kamu, cuba berinya ruang sebab mungkin dia sedang berdepan dengan masalah tertentu yang langsung tak membabitkan kamu pun.” – Amri, 22

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor