Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

30 Aksi Seks Hebat Untuk 30 Hari

Seperti banyak perkara, ada kala kamu ketandusan idea untuk perhebatkan sesi di ranjang. Tak perlu risau kerana Cosmo kongsi idea pencetus seks hebat untuk kamu dan suami cuba.

 

30 Aksi Hebat Untuk Seks 30 Hari

1. Minta suami cium seluruh tubuhmu dan tugas kamu hanya satu, tak perlu pakai seurat benang pun. How wild!

 

2. Bergilir-gilir menutup mata dan pakai earplug. Secara automatik deriamu yang lain akan menjadi lebih sensitif. Ternanti-nanti apakah yang bakal terjadi akan buat kamu jadi ‘gila’.

 

3. Pakai G-string dan leretkan tangannya ke punggungmu supaya dia tahu kamu dalam keadaan seksi.

 

4. Lakukan seks spontan di tangga rumahmu atau bilik mandi. Bermakna kalian akan pelajari posisi baru selain di atas katil.

 

5. Jika rumahmu ada tab mandi, gunakannya dan mandi bersama. Kamu boleh duduk di hujung tab sementara dia di posisi atas.

 

6. Sedang dia asyik menonton TV, berdiri di depannya dan perlahan-lahan tanggalkan satu persatu pakaianmu. Melutut di sofa dan lakukan hubungan intim. Suami pasti teruja dengan aksi yang tak disangka-sangka.

 

7. Cuba posisi kamu di atas dan bila kamu dah dapat rentaknya, berhenti seketika dan sentuh bahagian intimnya dengan alat sulitmu. Pasti dia rasa tak tahan mahu akhirinya.

 

8. Tarik suami ke dalam shower sambil memakai lingerie sutera. Jangan tanggalkannya. Kain yang basah dan melekap ke tubuh akan beri efek seksi!

 

9. Gunakan baby oil. Sapukan ke seluruh tubuhnya. Dia akan rasa lebih sensitif.

 

10. Pakai lingerie paling seksi dan rakam beberapa gambar, hantarkan kepadanya dengan pesanan NSFW (not safe for work).

 

11. Cipta satu kod seksi. Bila kamu hantar pesanan ringkas, “Nak cupcake”, dia akan tahu kamu inginkannya.

 

12. Minta suami mengenakan pakaiannya secara perlahan-lahan dengan kamu duduk sambil memerhatikannya. Ada sesuatu yang sangat seksi tentang lelaki yang sedang bersiap.

 

13. Masak di dapur dengan hanya memakai kemeja-T milik si dia. Sangat seksi!

 

14. Bila suami masih lagi mamai, berikan cumbuan paling mengghairahkan dan bisikkan kata cinta ke telinganya.

 

15. Minggu baru, aksi baru! Bila suami di atas, minta dia menghela nafas pada tubuhmu dari atas sehingga ke bawah, ke peha dalam dan dari bawah ke atas pula. Keinginan pasti memuncak lebih hangat, apatah lagi kalian sudah lama menanti.

 

16. Bila suami baring, sapukan minyak zaitun pada payudara dan perutmu kemudian bergesel atas tubuhnya. Supersensual!

 

17. Gunakan ais untuk menambah keterujaan. Gigit ais di hujung mulut kemudian dekatkan pada pehanya. Dia juga boleh lakukan padamu. Sensasinya amat mengasyikkan.

 

18. Selepas saling bertukar mesej erotik dengan suami, ajak dia berjumpa untuk makan tengahari kemudia ajak dia check-in di hotel untuk quickie sex.

 

19. Lakukan hubungan intim di depan cermin, seakannya cheesy tetapi a major turn-on!

 

20. Jika di rumah ibu bapa, lakukan seks tanpa bunyi. Kerana terpaksa menahan diri, seks akan jadi lebih passionate.

 

21. Untuk penetrasi lebih dalam, tarik kedua-dua lutut kamu ke dada dan tongkatkannya pada dada.

 

22. Helah kiub air tadi? Lakukannya di belakang badanmu. Pasti ‘wow’!

 

23. Sewaktu sedang beraksi, pandang tepat ke dalam mata masing-masing. Melihat kesan setiap tindakan akan menambah kehebatan seks.

 

24. Untuk kelainan, lakukan seks sambil cuba fokus pada perlawanan bola secara langsung di TV.

 

25. Set jam pada waktu yang pelik. Kejut si dia dan beritahu, “I want you NOW!”

 

26. Jadi lebih ganas dari biasa. Terkam suami dan tanggalkan pakaiannya dengan gelojoh sambil cium seluruh tubuhnya.

 

27. Today you go slow. Bila lalu di depannya, usik sesaat bahagian intim suami tapi pastikan muka kamu selamba saja okey.

 

28. Sebelum lelapkan mata, bacakan satu petikan erotik dari Fifty Shades of Grey sambil minta suamimu pasang telinga. Nak cuba selepas itu? Terpulanglah kepadamu dan suami.

 

29. Gaji dah masuk, boleh ajak suami untuk berikannya peluang pilihkan lingerie seksi yang dia ingin kamu pakai di ranjang nanti.

 

30. Tinggalkan helaian pakaian kamu dari luar bilik tidur untuk suami kamu jejaki hinggalah dia menjumpai kau di ranjang, waiting and ready…Oh, so sexy!

 

Foto: 123rf.com 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert