3 Tip Mudah Untuk Kekal Produktif Di Tempat Kerja - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
3 Tip Mudah Untuk Kekal Produktif Di Tempat Kerja

3 Tip Mudah Untuk Kekal Produktif Di Tempat Kerja

Jangan sampai kerja di pejabat membebankan kamu! Cuba tip ini untuk jadi lebih optimistik dan produktif.

 

Foto: Atlas.hearstmag.com

 

1. Ketahui Potensimu

Tak salah terima semua tugas yang diberi, tapi pastikan kamu mampu siapkannya. Jangan angguk saja hanya kerana mahu kagumkan pihak atasan.

 

2. Minta Bantuan

Jika ada projek yang tak mampu kamu atasi bersendirian, berjumpalah bos untuk dapatkan bantuan rakan sekerja. Tak pun, minta cadangan bos untuk ringankan bebanmu.

 

3. Hasilkan Kerja Berkualiti

Siapa kata pekerja berjaya kena stay back di pejabat setiap hari? Kamu boleh masuk dan balik tepat pada waktunya, tapi pastikan kamu fokus dan hasilkan kerja yang mencapai kualiti yang ditetapkan oleh majikan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor