3 Taktik Bijak Tukar Cara Berbelanja
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
berjimat

3 Taktik Bijak Tukar Cara Berbelanja

Sudah pasti kamu sering mencari taktik bijak untuk berjimat. Tapi kamu lupa, perbelanjaan kecil yang kamu lakukan tanpa sedar yang sebenarnya buat poket kering. Hanya dengan mengubah sedikit cara berbelanja, kamu boleh memiliki beg mewah yang diidamkan tu!

berjimat

 

Apa kelemahan perbelanjaan kamu?

Beli-belah Online

Bila dapat e-mel dari laman web shopping kegemaran kamu tentang stok baru yang tiba, kamu terus klik dan mula sesi shopping dengan meriah.

  1. Berhenti dahulu bila dapat e-mel tentang stok baju baru. Ini boleh buat kamu leka dan beli baju tanpa hiraukan harga. Jangan lupa baca dengan teliti the fine print. Laman shopping seperti Fashion Valet ada menyediakan system loyalty points. Ini bermaksudkan lebih points kamu kumpul, lebih banyak nilai wang yang kamu boleh belanja lagi nanti.
  2. Memanglah syok dan senang shopping online. Tapi, jika kamu ‘tahan diri’ dari belanjakan RM100 setiap bulan dengan shopping online, kamu boleh selamatkan RM1,200 setahun. Duit ini sudah mencukupi untuk beli beg tangan berjenama!

 

Beli Hidangan Di Luar

Memang senang dan pantas bila ‘tapau’ sahaja makanan dari kedai. Tapi jika kamu belanja hampir RM15 setiap hari berkerja, kamu mungkin telah pun spend lebih RM18,000 setahun untuk makan tengah hari dan sarapan. Belum lagi ambil kira duit yang kamu belanja untuk makan malam.

  1. Jika alasan kamu untuk sentiasa bungkus sahaja makanan setiap hari sebab tak ada idea atau masa nak masak, Cosmo sarankan kamu lawat laman web ini: Pinterest.com/rasamalaysia/30-minutes-recipes/ dan cabar diri kamu untuk cuba sediakan menu yang dipaparkan di situ. Kami pasti kamu bukan sahaja akan jimat duit, tapi pasti tak kekurangan idea nak masak apa untuk menu tengah hari ke pejabat.
  2. Untuk beri kamu lebih insentif mencuba masak sendiri dan bawa hidangan dari rumah, cuba lihat kasut berjenama yang mampu kamu beli setahun dengan duit yang telah kamu ‘selamatkan’.

 

Hadiah Mahal

Andainya kamu jenis yang suka memberi hadiah mewah atau unik kepada BFF, Cosmo pasti tak sampai hujung bulan poket kamu pun dah kering. Tapi ini bukan alasan untuk tidak fikir ke hadapan dan plan dengan betul jika nak beri hadiah istimewa.

  1. Cosmo tak bermaksud untuk kamu beli hadiah murah pula untuk BFF sebaliknya kamu hanya perlu aturkan lebih awal untuk pastikan kamu dapat diskaun yang berpatutan untuk hadiah istimewa itu. Lawat laman web sperti Lazada.com atau Groupon.com untuk tempah hadiah mewah seperti alat elektronik, baucar spa atau pakej percutian buat teman baikmu.
  2. Katakan kamu belanja hampir RM3,000 setahun untuk hadiah mewah. Jika duit ini diurus dengan betul dan kamu belanja hanya separuh dari nilai itu untuk pembelian hadiah, kamu dah cukup simpanan untuk beli iPad baru!

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor