Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Soalan Penting Untuk Ditanya Pada Si Dia

Sesetengah perkara seperti cinta pertama dan kereta pertama adalah kenangan yang sangat berharga. Jadi minta jejaka yang baru kamu kenali itu recall kenangan sebegini agar kamu lebih memahami dirinya. Pasti hubungan kalian lebih erat.

37920150_m

 

  1. Cinta Pertama

Ini cara terbaik untuk ukur jika dia romantis atau tidak. Jika dia memuji betapa manisnya senyuman ex-nya itu, bermakna ada sweet side dalam dirinya. Jika dia berjenaka tentang susunan gigi ex-nya yang ‘bersepah’, ini bermakna hubungan emosi mereka sebelum ini tidak begitu mendalam.

 

  1. Kejayaan Besar

Tak kisahlah sama ada ia kemenangannya dalam permainan bola sepak ataupun debat di universiti dulu, jawapannya itu akan beri ‘klu’ tentang cara dia melihat pertandingannya, yang mana ia adalah sangat penting buat diri jejaka.

 

  1. Belian Pertama Dengan Duit Sendiri

Mungkin dia belanjakannya untuk bayar deposit kereta, atau mungkin dia guna untuk bayar yuran kolej. Dengan ini kamu akan tahu perkara yang dia anggap penting dan bernilai.

 

Foto: 123RF.COM

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor