Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
couple

3 Sentuhan Seksi Buat Pasangan

Setiap sentuhan di belakang tubuh suami kamu, ada maksud yang tersendiri. Cuba tiga sentuhan mudah dan seksi ini untuk berikan nikmat dan kepuasan kepada suami kamu.

 

couple

 

Ketika Hubungan Intim

Ketika ‘bersama’, kalau kamu tidak mainkan peranan dan kebosanan, peluk tubuh suami dari belakang leher hingga ke belakang tubuh. Bila semakin rancak, tekan sedikit tapak tangankamu  supaya suami turut rasa sentuhanmu itu. Bila dia sudah selesai, peluk erat tubuh suamimu. Dia tidak akan merungut dengan pelukan selepas sesi asmara denganmu.

 

Urutan Lega

Jika suamimu habiskan lebih masa depan komputer di pejabat, bahunya akan rasa tertekan dan letih. Urut bahagian bahu untuk berikannya kelegaan pantas. Guna tapak tangan kamu dan letak di atas belakangnya, tekan bahagian antara kedua bahunya (tapi bukan terus di spine!) dalam urutan membulat. Urut juga di bahagian tengkuk dari atas ke bawah selama beberapa kali untuk hilangkan rasa tegang dan lenguh. Pasti si dia tersenyum gembira.

 

Hang On

Berikan kejutan dengan memeluk suami kamu dari belakang. Rehatkan dagu di bahunya atau muka kamu di atas bahagian belakangnya. Tangan kamu pula peluk sekeliling pinggangnya supaya dia dapat rasakan seluruh tubuhmu. Bila kamu sudah bersedia untuk bisikkan kata-kata manis (atau kata nakal) di telinganya, biarkan dia rasakan haba dari nafasmu di lehernya. Ini akan berikan dia rangsangan untuk terus beraksi!

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor