Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Sentuhan Pengerat Hubungan

Bertengkar memang tak best. Tetapi jika kamu bijak tanganinya, konflik sebegini akan mengukuhkan lagi hubungan kamu dan si dia. Betul!

42517940 - happy couple smiling at the beach

 

Kajian menunjukkan pasangan yang terkena ‘tempias’ hormon cinta oksitosin selepas bertengkar terbukti lebih mencintai pasangan mereka berbanding sebaliknya. Tawarkan diri untuk mengurutnya (si dia pasti tak menolak) dan kamu akan merangsang otaknya untuk menghasilkan hormon ini.

 

Kulit kepala: Urut bahagian atas kepalanya dengan kedua-dua belah tangan seperti kamu sedang syampu rambutnya. Gerakkan tangan ke bawah menghala ke arah sisi kulit kepalanya. Kemudian urut ke bawah lagi di bahagian kepala bertemu leher pula. Gerakan ini pasti merangsang dirinya dan relakskan derianya.

 

Dahi: Urut di sini menggunakan hujung jari kedua-dua belah tangan dengan gerakan membulat. Mulakan dari bahagian tengah ke bahagian anak rambut. Gerakkan dengan perlahan dan lembut. Seperti jari-jemari kamu sedang ‘menari’ di dahinya.

 

Rahang: Letakkan ibu jari dan jari-jemari kamu yang lain di tulang rahang bahagian kedua-dua belah dagunya. Tekan menghala ke bawah di sepanjang bucu rahang. Sentuhan kamu perlulah lembut dan seolah membelai. Jika mahu dia menikmatinya dengan lebih lagi, minta si dia tutup mata dan ‘belayar’ dengan perasaannya.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert