Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Senaman Lebih Hebat Dari Jumping Jacks

Nak menangis kebosanan setiap kali buat cardio, macam, kamu mula menguap sesaat kamu berada di atas mesin elliptical. Bolehlah tahan berlari atas treadmill tapi ada juga rasa bosan nak mati.

cosmo body

Kes A: Jumping jacks. Senaman klasik mudah nak aktifkan semula otot tubuh termasuk hati. pergerakan ini diubah suai oleh CosmoBody fitness trainer Astrid McGuire bagi memecah kebosanan. Ulang 20 kali setiap senaman, dan lakukan setiap satu tanpa rehat. Untuk senaman kardio sepenuhnya, ulang set kali keuda atau empat lagi, rehat antara 30 hingga 60 saat di antara set.

1. Rotational Jacks: Berdiri tegak dengan kaki rapat dan tangan berada di dada. Lompat dan mendarat kaki lebih luas dari lebar dada dan pastikan jari kaki mengarah luar. Ketika kamu merendah tubuh melakukan squat, pusing tubuh iaitu pinggul dengan tangan kiri lurus arah langit manakala kanan mencecah lantai. Sentuh lantai dengan tangan kanan dan loncat semula ke kedudukan asal. Ulang jump squat, kail ini gapai tangan ke langit dengan tangan kanan dan sentuh lantai dengan tangan kiri. Kembali semula posisi asal untuk selesaikan satu pusingan.

Kesan Pada Tubuh: Untuk core, quads, hamstrings, butt dan belakang.

2. Floor Jack Splits: Baring di lantai dengan jari dua tangan bercantum, tangan dan kaki diregangkan lurus rapat. Brace your core ketika tangan diangkat manakala kaki pula dijauhkan dari lantai, kekalkan lutut dan siku. Exhale ketika kaki diangkat dan bentukkan V, dan angkat keseluruhan atas tubuh dari lantai. Ketika bangun, ayun tangan ke tengah arah kaki berbentuk V. Kawal diri tanpa menyentuh lantai, lepaskan tangan dan kaki dan kembali ke posisi asal. Itu rep pertama.

Kesan Pada Tubuh: Bahagian atas dan bawah abs, dada, dan quads.

3. Plank Jacks: Mulakan dalam posisi modified plank dengan bahu selaras dengan lengan dan kaki bersama (seperti keadaan merangkak). Rendahkan pinggul, lompat kedua belah kaki ke sisi. Lompat lagi patah balik ke posisi asal. Itu adalah rep pertama.

Kesan Pada Tubuh: Tangan, abs, quads dan belakang.

Artikel asal: Elizabeth Narins

Sumber: Cosmopolitan US