3 Sebab Kenapa Kamu Perlu Rajin Membaca - Page 2 of 3 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
3 Sebab Kenapa Kamu Perlu Rajin Membaca

3 Sebab Kenapa Kamu Perlu Rajin Membaca

Terma ‘ulat buku’ atau nerd freak tidak seharusnya wujud! Kajian membuktikan bahawa membaca boleh meningkatkan keyakinan diri. So...what’s the point being all cool and pretty, tapi tidak ‘berisi’? Jom membaca untuk bina keyakinan dirimu!

Girls Should Read More!

Foto: 123rf.com

Jika kamu suka baca buku, kamu tidak keseorangan. Ramai orang di seluruh pelosok dunia gemar membaca dan ia bukanlah hobi yang kian pupus. Tetapi, ada juga orang yang tidak suka membaca dan mungkin kamu tergolong dalam kategori tersebut. Walaupun jika kamu gemar membaca, besar kemungkinan kamu tidak tahu selain meningkatkan pengetahuan, ia juga boleh buat kamu lebih gembira, kurang stress sekali gus menaikkan keyakinan diri di tempat kerja, ketika bersosial mahupun di rumah. Cosmo kongsikan tiga cara bagaimana membaca boleh tingkatkan keyakinan diri.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

2) Membaca tingkatkan ilmu pengetahuan

Faktor lain yang boleh beri kesan kepada keyakinan diri adalah berapa banyak pengetahuan yang kamu miliki. Bayangkan kamu melangkah masuk ke bilik mesyuarat buat pertama kali selepas kamu memegang jawatan baru. Bayangkan pula jika kamu tidak tahu menahu tentang projek yang bakal kamu kendalikan? Ia berbeza sekiranya kamu faham dari A hingga Z tentang projek terbaru. Dengan mempunyai pengetahuan yang banyak terutama di pejabat, ia lebih memudahkan kerja dan membolehkan kamu melangkah lebih jauh.

Jika sedang bersosial, lebih banyak pengetahuanmu, lebih banyak yang boleh kamu bualkan. Membaca membantu kamu lebih yakin dengan informasi yang bakal dibualkan terutama jika kamu banyak membaca tentang kerja. Ia juga boleh tingkatkan kosa kata serta kemahiran menulis, menjadikan kamu lebih yakin dalam penulisan.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert