3 Sebab Kenapa Kamu Perlu Rajin Membaca - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
3 Sebab Kenapa Kamu Perlu Rajin Membaca

3 Sebab Kenapa Kamu Perlu Rajin Membaca

Terma ‘ulat buku’ atau nerd freak tidak seharusnya wujud! Kajian membuktikan bahawa membaca boleh meningkatkan keyakinan diri. So…what’s the point being all cool and pretty, tapi tidak ‘berisi’? Jom membaca untuk bina keyakinan dirimu!

Girls Should Read More!

Foto: 123rf.com

Jika kamu suka baca buku, kamu tidak keseorangan. Ramai orang di seluruh pelosok dunia gemar membaca dan ia bukanlah hobi yang kian pupus. Tetapi, ada juga orang yang tidak suka membaca dan mungkin kamu tergolong dalam kategori tersebut. Walaupun jika kamu gemar membaca, besar kemungkinan kamu tidak tahu selain meningkatkan pengetahuan, ia juga boleh buat kamu lebih gembira, kurang stress sekali gus menaikkan keyakinan diri di tempat kerja, ketika bersosial mahupun di rumah. Cosmo kongsikan tiga cara bagaimana membaca boleh tingkatkan keyakinan diri.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) Membaca boleh mengurangkan stress

Faktor utama yang menentukan keyakinan seseorang adalah tahap stress dalam kehidupan mereka. Having more stress can drain your confidence, making it harder to present the right attitude. Banyak kajian menunjukkan membaca dapat meningkatkan kesihatan tubuh dengan penurunan kadar denyutan jantung dan ketegangan otot. Bukan itu saja, membaca juga antara cara terbaik untuk berehat kerana ia melibatkan mindamu. Sebuah buku yang bagus boleh membawa kamu ke tempat lain yang jauh daripada kehidupan harianmu, mungkin juga tempat itu tidak wujud. Membaca enam minit setiap hari sudah cukup untuk kurangkan stress dan 30 minit sehari boleh kurangkan tekanan sebanyak 60 peratus. That lack of stress can easily become an increase in confidence.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert