Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
love

3 Punca Lelaki Jauhkan Diri

Kamu sedang mengenali hati budi seorang jejaka dan sudah bersedia untuk bawa hubungan ini ke tahap seterusnya. Tapi malangnya, si dia tiba-tiba seperti menjauhkan diri. Jangan sedih, ketahui punca lelaki jauhkan diri dan praktikkan tip yang Cosmo kongsikan ini.love

 

Punca 1: Belum Sedia Untuk Beri Komitmen

Bila seseorang jejaka dah bersedia memegang status ‘teman lelaki’, dia biasanya sudah memiliki semua ini: Kewangan yang stabil, berfikiran matang dan mempunyai teman yang dah berumah tangga. Jika dia tak miliki salah satu kriteria ini, bermakna dia belum cukup sedia untuk beri komitmen. Itulah antara sebab lelaki jauhkan diri daripada wanita.

Langkah perlu diambil:

Just let him go, dan carilah jejaka yang dah bersedia daripada segala segi untuk mempunyai hubungan jangka panjang denganmu.

 

Punca 2: Semuanya Berlaku Terlalu Pantas

Bila kalian dilanda masalah di awal perhubungan, dia mungkin terfikir yang dia tidak mengenali kamu dengan cukup rapat, sebab itulah lelaki jauhkan diri. Jejaka membina cinta melalui kepercayaan, jadi bila percintaan menjadi terlalu pantas, dia rasakan kepercayaan antara kalian belum lagi kukuh.

Langkah perlu diambil:

Beri ruang dan masa untuk dia merindui kamu. Jika dia benar-benar serius denganmu, dia pasti akan kembali.

 

Punca 3: Tak Ada Chemistry

Memang sukar bila kamu sedar hubungan semakin pudar. Si dia pula jarang berada di sisi kamu untuk lakukan aktiviti bersama-sama, mungkin dia rasakan kalian susah nak capai persefahaman dalam banyak hal.

Langkah perlu diambil:

Berlaku jujur. Katakan padanya kamu dapat rasakan yang dia cuba jarakkan diri. Jika si dia mahu perbaiki hubungan kalian, baguslah! Jika tidak, carilah buah hati baru yang sanggup menyokong kamu sentiasa. Sekurang-kurangnya kamu dah cuba, kan?

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor