3 Pulau 'Syurga' Yang Mesti Kamu Terokai Tahun Ini 
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Pulau ‘Syurga’ Yang Mesti Kamu Terokai Tahun Ini 

Bila bercuti ke pulau ramai yang berpendapat perlukan belanja besar. Kini kamu juga berpeluang menikmati pemandangan indah pulau dalam bajet kurang dari RM1,500 untuk aktiviti dan tempat tinggal tapi tidak termasuk tiket penerbangan. Ini cadangannya…

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lombok, Indonesia

Selain dari Bali yang cukup terkenal dengan pemandangan menariknya, Pulau Lombok juga kini kian dikenali dengan kecantikan air laut dan pasirnya yang seakan masih belum ‘diusik’ sesiapa pun lagi.  Menariknya, di Lombok terdapat Gunung Rinjani, gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia. Jika kamu mahu ke kepulauan Gili, bolehlah singgah ke Lombok dan nikmati keindahannya.

Aktiviti Menarik

Antara aktiviti yang terkenal di sini ialah menyelam. Keindahan dunia kehidupan di bawah laut memang tidak terungkai dengan kata-kata. Pantai pink yang terletak di sebelah timur Lombok adalah salah satu pantai yang cukup cantik untuk dilawati. Air terjun dikelilingi hutan yang menghijau di Sendang gile dan Tiu Kelep memang cukup awesome!

Penginapan Terbaik

Jika kamu punya bajet kecil boleh cuba menginap di homestay yang banyak ditawarkan di Lombok. Mahu lebih privacy, mungkin kamu boleh check-in di Living Asia Resort and Spa lombok. Terletak betul-betul di tepi pantai menjadikannya antara lokasi penginapan paling berbaloi.

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor