Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Pulau ‘Syurga’ Yang Mesti Kamu Terokai Tahun Ini 

Bila bercuti ke pulau ramai yang berpendapat perlukan belanja besar. Kini kamu juga berpeluang menikmati pemandangan indah pulau dalam bajet kurang dari RM1,500 untuk aktiviti dan tempat tinggal tapi tidak termasuk tiket penerbangan. Ini cadangannya…

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Cebu, Filipina

Pasir di tepi pantai yang memutih dan khazanah alam semulajadinya menjadi tarikan utama pelancong ke sini. Selain itu, Pulau Cebu juga punya hampir 167 pulau di sekelilingnya yang sangat menarik untuk kamu kunjungi.

Aktiviti Menarik

Kunjungi beberapa tempat dengan pemandangan yang cukup mengagumkan seperti Puncak Osmena. Di situ kamu boleh habiskan masa untuk dapatkan gambar menarik di atas beberapa batu semula jadi di belakangi gunung lain yang menghijau. Naik bas dalam masa dua hingga tiga jam dari bandar Cebu ke Obong Dalaguete sangat berbaloi untuk Obong Spring, lokasi mandi-manda dengan air biru jernih. Kalau nak mandi air terjun boleh kunjungi Kawasan Fall. Airnya warna biru dan cukup menenangkan! And yes, selamat untuk mandi di sini.

Penginapan Terbaik

Ada banyak pilihan dari hotel hinggalah ke resort lima bintang. Antara yang terbaik ialah Plantation Bay Resort And Spa. Resort seluas 11 ekar ini adalah penerima anugerah Tripadvisor Travelers Choice 2013 – 2015. Dalam resort ini sendiri pun banyak aktiviti yang kamu boleh buat!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor