Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Pulau ‘Syurga’ Yang Mesti Kamu Terokai Tahun Ini 

Bila bercuti ke pulau ramai yang berpendapat perlukan belanja besar. Kini kamu juga berpeluang menikmati pemandangan indah pulau dalam bajet kurang dari RM1,500 untuk aktiviti dan tempat tinggal tapi tidak termasuk tiket penerbangan. Ini cadangannya…

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gili Trawangan, Indonesia

Buat kamu yang mahu bercuti sambil berehat, Gili Trawangan adalah pilihan paling tepat. Dengan keluasan 35km persegi, keindahan pasir pantai yang memutih dan terumbu karang yang belum tercemar, kunjungi lokasi ini pasti jadi pengalaman terindah buatmu. Kamu boleh menjelajah seluruh pulau ini dengan hanya berjalan kaki dan mengambil masa antara satu hingga dua jam. Kenderaan bermotor seperti kereta mahupun motorsikal tidak dibenarkan masuk dalam kawasan pulau.

 

Aktiviti:

  • Sewa basikal dan naikinya mengelilingi pulau. Anggaran sewa basikal untuk dua orang – RM32 (8 jam atau sehari).
  • Menyelam melihat keindahan kehidupan di bawah laut. Gili Trawangan tersenarai dalam 10 lokasi terbaik untuk belajar menyelam.
  • Anggaran sewa kayak untuk dua orang adalah RM30.
  • Live music. Berhibur sambil bersantai di Sama-Sama Reggae Bar. Ada beberapa bar juga untuk kamu berparti!
  • Pergi ke Mount Rinjani untuk melihat keindahan keseluruhan pulau. Juga sesuai untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.
  • Pasar malam bermula jam 6 petang setiap hari di market square berhadapan jeti. Di sana ada pelbagai jenis makanan dengan harga yang murah.

 

Antara pilihan penginapan menarik:

1. Glamping style di La Cocoteraie Ecolodge. Kalau kamu suka dikelilingi alam semula jadi, ini tempat sesuai buatmu. Walau tidur dalam khemah, tapi fasilitinya seperti hotel lima bintang! Harga dari RM270.

2. Resort style di Les Villas Ottalia. Menyediakan 26 bilik pelbagai saiz, dikelilingi ladang pokok kelapa yang menjadikannya eco resort. Fakta: Tiada satu pokok kelapa pun ditebang untuk bina resort ini. Harga dari RM350.

3. Lokasi strategik di Eden Cottages. Berhampiran dengan kawasan pusat yang mana terdapat pelbagai restoran dan pub, jika kamu berjalan kaki hanya ambil masa 20 hingga 30 minit atau berbasikal 10 minit. Harga dari RM125.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor