Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Posisi Terbaik Untuk Seks Kilat

Ketahui posisi terbaik untuk kamu dan suami lakukan seks kilat ketika di kampung menyambut Hari Raya. Lima minit saja!

5983493 - beautiful young couple in the bedroom

Ketika di kampung menyambut Hari Raya, kebanyakan suami isteri lebih cenderung untuk tidak lakukan seks kerana berasa segan, takut didengari dan menghabiskan masa yang lama di dalam kamar. Tapi ia bukan alasan untuk kamu tepis keinginan kamu itu. Ada beberapa posisi yang boleh kamu dan suami lakukan untuk seks kilat. Walaupun dengan durasi yang singkat, namun akan mendapatkan kepuasan dan ghairah yang tinggi sehingga mencapai orgasma.

 

Stand And Deliver

Dengan melakukan posisi seks ini di mana suami kamu berdiri dan kamu membongkokkan tubuh di depannya (pastikan kaki kamu lurus dan hanya  tubuh kamu yang digerakkan sehingga paras pinggang). Posisi ini persis posisi dari arah belakang atau doggy style. Walaupun mengambil masa yang singkat, tapi nikmatnya berganda jika suamimu pandai mengawal rentak penembusan.

 

Dari Arah Belakang

Dari hasil kajian, posisi ini adalah yang terbaik untuk lakukan seks kilat dan menjadi posisi kegemaran rata-rata pasangan suami isteri. Ini kerana posisi ini berikan kepuasan yang lebih kepada lelaki di mana geseran pada penis dan permudahkan penembusan. Sementara bagi wanita pula, posisi ini dapat beri rangsangan dengan tepat pada G-spot membuatkan keghairahan wanita boleh meningkat dengan cepat dan capai klimaks.

 

Kamu di Atas

Posisi woman on top atau cowgirl ini memberikan rangsangan optimal pada klitoris wanita sehingga buatkan kamu capai orgasma dengan cepat. Suami kamu juga boleh relaks dengan menikmati setiap gerakan yang kamu lakukan. Posisi ini menyenangkan suami kamu untuk membelek tubuh kamu sepuasnya.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert