Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Perkara Tak Perlu Kongsi Dengan Teman Lelaki

Walaupun kejujuran itu penting, namun ada juga perkara yang teman lelaki kamu tu tak mahu tahu mengenai dirimu. Ini antaranya…

52534675 - hush-hush. beautiful girl is trying to cover her appearance with artificial funny eyeglasses. she is raising her finger to lips and smiling. isolated and copy space in left side

 

Kelemahan Diri

Bercerita mengenai perkara sebegini hanya akan buat kamu nampak lembik di matanya, sedangkan lelaki sukakan gadis yang bijak, cergas dan ceria. Sebaiknya elakkan berkongsi perkara yang boleh menunjukkan kamu lemah seperti tak mampu pergi kerja sendiri, tak reti memasak atau bersihkan rumah dan sebagainya kerana ia menunjukkan yang kamu tidak pandai berdikari. Ingat, berdikari antara ciri-ciri yang dicari oleh lelaki dalam diri calon isteri. Bagaimana nak uruskan rumah tangga kelak jika kamu tak pandai berdikari?

 

Dandanan Baru

Jika buah hatimu sendiri tak perasan potongan rambut baru kamu, tak perlulah kamu beria-ia untuk beritahunya. Jangan sampai dia fikir kamu gilakan pujian. Saranan Cosmo, buat tak tahu saja tapi jika kamu benar-benar mahu dia katakan sesuatu mengenai potongan rambut baru kamu, berikan hint seperti membelai rambut sambil memandang ke arahnya. Teman lelaki yang prihatin pasti akan menyedarinya. Yang penting, tak perlu jelaskan panjang lebar kerana bagi lelaki, perkara begini tak penting pun!

 

Strategi Diet

Lelaki tak mahu tahu bagaimana kamu terpaksa menahan lapar sehingga diserang gastrik semata-mata untuk kuruskan badan. Yang dia mahu lihat adalah hasilnya. Jadi zip mulut daripada bercerita mengenai bagaimana kamu bangun pagi setiap hari jam 4 pagi untuk pergi berjoging, bahan-bahan yang kamu gunakan untuk buat smoothies diet, dan sebagainya. Butiran begini tidak akan buat mereka kagum, tapi berjaya muat dress idaman yang dah lama kamu idamkan yang akan buat si dia kagum.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor