3 Lokasi Percutian Mewah Untuk Dikunjungi - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Lokasi Percutian Mewah Untuk Dikunjungi

Mahu pergi bercuti tapi masih tak pasti lokasi sesuai untuk luangkan masa bersama teman- teman? Cuba cadangan Cosmo ini. Mewah dan privasi!

27480302 - luxury beach resort, bungalow near endless pool over sea sunset, evening on tropical island, summer vacation concept

VILA TEPI PANTAI
Bahagianya hidup bila bangun tidur terus nampak pemandangan laut luas terbentang! Tak perlu pergi jauh, ke Thailand saja sudah memadai. Apa yang penting kamu bijak pilih tempat penginapan untuk dapatkan momen lebih bermakna. Tempah awal bilik di Casa de La Flora yang terletak di Khao Lak, Phang Nga ini. Harganya bermula RM991 untuk dua orang. Terasa mahal? Jangan risau, kerana bila kunjungi www. theluxenomad.com, kamu boleh dapatkan harga diskaun selepas promosi. Cosmo tak mahu cerita banyak, kamu tengok sendiri gambar-gambar tersedia.
Terganggu tak fikiran selepas melihatnya? Sabar, rancang betul-betul bersama teman-temanmu!

 

VILA PERGUNUNGAN
Mahukan percutian lebih menarik daripada biasa? Kunjungi Niseko, Hokkaido, Jepun untuk rasai salji dan kesejukannya. Selain dari bersantai-santai, kamu juga boleh cuba aktiviti ski bersama teman-teman. Di sini, kamu boleh menginap di Kisetsu Hirafu, rumah dua tingkat dilengkapi tiga bilik ini sangat selesa untuk si pengembara seperti kamu dan teman-teman. Pastinya jadi memori paling indah buat kalian!

 

VILA SAWAH PADI
Cukup tenang dengan udara segar seperti berada di kampung dapat kamu rasai bila ke Galle, Sri Lanka. Menginap di Chamara Villa, kamu boleh adakan parti hen night di sini. Barulah lain dari yang lain. Ruang legar vila ini sangat luas dan lapang. Ia dilengkapi empat bilik tidur dengan setiap satu dekorasinya adalah berbeza. Juga ada kolam renang untuk kamu dan temanteman luangkan masa bersama. Kalau mahu ke pantai, lokasinya terletak tiga kilometer saja, sewa motor okey. Paling penting, sepanjang perjalanan ke sini, kamu dapat melihat pemandangan sawah padi yang cukup memukau!

 

Foto: 123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist