Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Lokasi Menarik Untuk Percutian Paling Happening!

Bosan dengan destinasi percutian biasa? Ini lokasi yang boleh Cosmo cadangkan untuk kamu bercuti sambil menikmati pemandangan dan aktiviti menarik yang ditawarkan. Tinggalkan seketika rutin harian kamu yang sibuk dan rancang sesi kembara paling happening dalam hidupmu!

Foto: Shutterstock.com

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

PEMANDANGAN HEBAT DI GUILIN, CHINA

Bak Negara Berbeza
Negara empat musim ini mempunyai pemandangan menarik yang berbeza, tidak seperti di tempat lain. Musim luruh cuacanya cerah, dihiasi dengan bunga berwarna-warni dan gunung yang menghijau. Musim panas, hujan sering turun. Kamu boleh nikmati pemandangan dengan kabus di gunung-ganang. Musim sejuk, salji jarang turun dan kamu dapat nikmati udara diselimuti haruman flora. Memang unik!

Keunikan Reed Flute Cave
Terletak di Guangming Hill, panjang gua ini adalah 240 meter dengan keunikan pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit di dalamnya. Nampak lebih menarik bila ia disimbahi cahaya berwarna-warni dari. Ia dibuka dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang. Berakit di Li River Sungai sepanjang 80 kilometer ini punyai pemandangan yang cukup indah. Menyusuri sungai ini dengan menaiki rakit buluh sambil berehat di atas kerusi yang disediakan memang mengasyikkan. Sepanjang perjalanan, kamu berpeluang melihat kampung di tepi sungai dan para nelayan keluar mencari rezeki dengan menangkap ikan.

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist