3 Lokasi Menarik Untuk Percutian Paling Happening!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Lokasi Menarik Untuk Percutian Paling Happening!

Bosan dengan destinasi percutian biasa? Ini lokasi yang boleh Cosmo cadangkan untuk kamu bercuti sambil menikmati pemandangan dan aktiviti menarik yang ditawarkan. Tinggalkan seketika rutin harian kamu yang sibuk dan rancang sesi kembara paling happening dalam hidupmu!

Foto: Shutterstock.com

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

THE LAID BACK BEACH THAILAND

Emerald Pool
Terletak lebih 50 kilometer dari pantai Ao Nang, airnya yang biru dan bersih seakan memanggil-manggil kamu untuk berendam. Tip: Pertama, sewa motosikal untuk sampai ke sana dengan mudah dan cepat. Kedua, datang awal supaya kamu tak perlu bersesak dengan pengunjung lain.

Keindahan Pantai Railay
Selain dari pulau Phi Phi yang terkenal dan terlalu ramai pengunjungnya itu, kunjungi pantai ini untuk menenangkan jiwa dan nikmati keindahan pemandangannya. Tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia, kamu juga boleh lakukan pelbagai aktiviti seperti rock climbing, sunset cruise, sea kayaking dan banyak lagi.

Dekati Alam Semula Jadi
Phang Nga Nature Tour menyediakan pakej lengkap untuk kamu dekatkan diri dengan alam semula jadi. Kamu berpeluang menunggang dan mandikan gajah di sungai, bamboo rafting dan lain lagi. Rugi kalau tak cuba!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist