Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Lokasi Menarik Untuk Percutian Paling Happening!

Bosan dengan destinasi percutian biasa? Ini lokasi yang boleh Cosmo cadangkan untuk kamu bercuti sambil menikmati pemandangan dan aktiviti menarik yang ditawarkan. Tinggalkan seketika rutin harian kamu yang sibuk dan rancang sesi kembara paling happening dalam hidupmu!

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

KEINDAHAN KOTA SEOUL

Beli-belah di Myeong-Dong
Lokasi tumpuan membeli-belah di Seoul. Ada pelbagai jenis barangan dijual di sini, dari yang berjenama hinggalah ke gaya jalanan. Lokasinya tidaklah sebesar mana, tapi cukup lengkap untuk kamu dapatkan segala barang keperluan. Ada juga restoran, kafe, dan butik kecantikan yang kamu boleh kunjungi.

Bermalam di Hanok Stay
Pengalaman berbeza dari mana-mana hotel mewah. Di sini kamu dapat rasa bagaimana tinggal di rumah tradisional Korea. Rumah yang sedia ada di sini berusia berdekad lamanya. Layari www.hanokstay.or.kr untuk buat tempahan ya…

Seni Jalanan di Hongdae
Semuanya tentang seni ada di sini. Mural di dinding cukup menarik untuk kamu lihat dan rakam gambar kenangan. Selain itu, kamu juga boleh berhibur dengan persembahan jalanan daripada pelajar-pelajar dari universiti berdekatan. Waktu sesuai ke sini adalah petang Rabu kerana kamu dapat membeli hasil kraftangan juga dijual oleh mereka.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist