Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Jenis Persahabatan Semua Wanita Ingini

Memang betul, kamu tak perlukan beribu-ribu teman alam maya di Facebook. Sebaliknya fokus pada teman yang benar-benar bererti dalam hidupmu selama ini.

 

1.Persahabatan Demi Kemudahan

Definisi moden: Seseorang yang boleh membantu kamu seperti teman sekerja.

Setiap wanita perlukan rakan yang boleh rasa simpati bila kamu dimarahi bos, beri tip mengenai cara minta kenaikan gaji, atau sekadar peneman untuk minum kopi. Namun persahabatan begini perlukan banyak give and take, jadi tiada siapa akan rasa dipergunakan. Kalian kena sentiasa ada dan membantu satu sama lain, bukanlah sebelah pihak saja yang memberi.

 

2. Persahabatan Demi Keseronokan

Definisi moden: Teman menyeronokkan yang sentiasa ‘on’ bila kamu ajak buat apa saja.

Untuk dapatkan persahabatan bermakna, tak bererti kamu kena kongsikan perasaan atau rahsia – lepak di kedai Mamak atau pergi makan pun dah memadai. Lepak bersama antara cara wanita berhubung dengan satu sama lain. Sama ada menonton wayang atau membeli-belah, bersahabat dengan teman yang suka lakukan perkara serupa sememangnya amat penting.

 

3. Persahabatan Demi Kebaikan

Definisi moden: Persahabatan yang berasaskan rasa hormat – bila kamu mahukan yang terbaik untuk dirinya dan sebaliknya.

Persahabatan sebegini makan masa untuk dibina dan ia biasanya merupakan teman kamu sejak kecil. Ia sangat jarang tapi berbaloi. Teman kategori ini adalah rakan yang boleh diharap dan akan berasa di sisi kamu tak kira apa jua keadaan.

 

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor