Pakar sains mendedahkan maklumat mengenai topik kegemaran gadis Cosmo: Anatomi lelaki!
1.Si dia berpeluh lebih banyak daripadamu. Satu kajian mendapati lelaki mengeluarkan peluh lebih banyak berbanding wanita bila bersenam. Para pengkaji berpendapat testosteron yang meningkatkan keupayaan lelaki untuk berpeluh.
2. Hormonnya ‘menyengat’ bila ada jejaka lain berhampiran. Menurut satu kajian lain, tahap testosteron dan kortisol di dalam otak jejaka naik mendadak apabila mereka bersaing untuk pancing perhatian wanita, seperti yang dialami oleh cimpanzi dan monyet ketika memikat betina.
3. Mindanya tak boleh proses lebih maklumat dalam satu masa. Laluan yang menghubungkan dua hemisfera otak lelaki lebih kecil berbanding wanita, jadi ia tidak dapat menerima lebih maklumat. Disebabkan itu mereka sukar melakukan dua perkara dalam masa yang sama.
Foto: Shutterstock.com
Leave a Reply