Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Hotel Ternama Yang Kaya Dengan Sejarah Menarik

Kamu dambakan penginapan bertaraf lima bintang dengan pengalaman budaya yang unik? Cosmo senaraikan hotel yang kaya dengan sejarah menarik. Bolehlah tambah pengetahuan am sambil melancong!

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hotel Manila,
MANILA, FILIPINA
Jeneral Amerika yang bertugas di Filipina, Douglas MacArthur menjadikan hotel ini sebagai kediaman keluarganya dari tahun 1935 hingga 1941 ketika bertugas sebagai penasihat tentera Kerajaan Komanwel Filipina. Ketika Perang Dunia kedua meletus, bangunan ini menjadi pusat pengumpulan tentera di bawah arahan Douglas. Setelah tamat perang dunia kedua, Jepun mengarahkan Douglas dan pasukannya keluar dari bangunan tersebut. Hotel ini juga menjadi tempat persinggahan isteri bekas Presiden Filipina, Imelda Marcos. Layanan khas akan diberikan seperti dibentangkan permaidani merah menanti di sini.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist