Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Ayat Magik Untuk Jadi Teman Wanitanya

Daripada point A (baru nak berkenalan) nak ke point B (jadi teman lelaki) memang susah. Cuba ayat magik daripada Matthew Hussey, pakar perhubungan ini.

 

25192240_m

 

1. SAHKAN STATUS KALIAN

KATAKAN: “I bukan kisah sangat tentang label, tetapi nak tahu apa yang perlu diberitahu bila lelaki lain ajak I keluar nanti.”

MENGAPA IA BERKESAN: Lelaki pantang dicabar. Jadi bila dia rasa bakal kehilangan kamu, dia perlu tunjukkan mengapa dia adalah orang yang tepat untukmu.

 

2. TUNJUKKAN KAMU TAK KISAH

KATAKAN: “Tak mengapa. Tapi jika bulan depan kita masih tak pasti dengan hubungan ini, baik kita berkawan saja.”

MENGAPA IA BERKESAN: Kamu nampak chill dan tak kisah mengakhiri sesuatu yang tak pasti. Wanita nampak hot bila ada kawalan dan ada idea untuk downgrade si dia kepada ‘hanya kawan’.

 

3. MINTA KEPASTIAN

KATAKAN: “Bukannya I nak ajak you kahwin. Tapi I nak tengok sejauh mana hubungan ini. “

MENGAPA IA BERKESAN: Jadikan dia pula si drama queen. Kurangkan masa bersamanya. Ternyata dia tak bernilai jika dia tak berminat denganmu.

 

Foto: 123rf.com

 

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor