Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

28 Tip Rancang Percutian Sempurna

Merancang untuk pergi bercuti? Inilah panduan untuk kamu merancang percutian stress-free, siap dengan VIP perks.

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

ATASI AIRPORT MADNESS

26. SEBELUM PILIH TEMPAT DUDUK, semak SeatGuru.com dan masukkan nombor pesawat. Ia akan tunjukkan kedudukan kapal terbang dan tunjukkan kerusi mana paling best dan yang mana kena elak. Rujuk sebelum kamu nak tempah pesawat.

27. KEBANYAKAN PENERBANGAN BENARKAN KAMU CHECK IN 24 jam sebelum penerbangan dan cetak pas masuk, kamu tak perlu ke kaunter kecualilah ada bagasi check in, kamu boleh terus ke pintu penerbangan. Kongsikan nombor telefon supaya mereka boleh update jika pesawat kamu lewat.

28. SEBELUM BERTOLAK, telefon khidmat pelanggan kad kredit untuk lihat jika kad kamu ada link pada mana-mana penerbangan. Kebanyakannya ada dan kamu boleh gunakan keistimewaan itu, seperti beg daftar masuk percuma atau boleh gunakan ruang rehat kelas pertama.

 

Foto: Shutterstock.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor