Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

28 Tip Rancang Percutian Sempurna

Merancang untuk pergi bercuti? Inilah panduan untuk kamu merancang percutian stress-free, siap dengan VIP perks.

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

ATASI JET LAG

20. Sehari sebelum bertolak, elak minum kopi atau alkohol. Ia akan mengganggu jadual tidur dan ‘merosakkan’ mood kamu, menjadikan jet lag lagi teruk.

21. Sehari sebelum penerbangan, sync waktu makan dan tidur dengan waktu zon destinasi kamu.

22. Sebaik naik pesawat, tetapkan waktu di jam dan telefon bimbit pada zon waktu destinasi kamu. Ia akan bantu kamu adjust secara mental.

23. Sewaktu penerbangan, cuba lelapkan mata. Berehat sedikit akan bantu kamu menangani kesan jet lag kemudian nanti. Bantal leher dan penutup mata boleh mudahkan kamu untuk tidur dalam pesawat.

24. Jika pesawat mendarat pada waktu siang, elak tidur sekejap. Sebaliknya, keluar untuk menikmati cahaya matahari di luar. Bila kamu terdedah pada waktu siang akan membantu sistem tubuh untuk sesuaikan diri.

25. Kajian mencadangkan kamu mengambil dua melatonin supplements sebelum masuk tidur, malam sebelum kamu bertolak untuk bantu reset jam tubuh. Tanya doktor dan makan ikut arahan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor