Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

28 Tip Rancang Percutian Sempurna

Merancang untuk pergi bercuti? Inilah panduan untuk kamu merancang percutian stress-free, siap dengan VIP perks.

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

MAKAN, MINUM DAN LEPAK SEPERTI LOCALS

15. Mana-mana buku panduan akan kongsikan ‘jerat’ pelancongan. Jika kamu nak menjelajah seperti orang tempatan, tanyalah orang tempatan sendiri.

16. Kamu boleh cari cadangan untuk tinggal secara bajet dengan penyewa menawarkan bilik dalam apartment atau rumah mereka di Airbnb dan CouchSurfing. Ada kala, mereka sanggup jadi tour guide untuk kamu juga.

17. Untuk hidangan paling asli di luar negara, sertai NewGusto. Ia mengandungi maklumat mengenai mereka di seluruh dunia yang menerima pelancong untuk makan di rumah mereka, jadi kamu boleh merasai pasta di Itali dimasak oleh a real Italian mother, contohnya.

18. Daftar dengan Twigmore. Ia seakan LinkedIn untuk pelancong, memberi nasihat mengenai kawasan dan negara mereka menerusi rangkaian teman di sini.

19. Muat turun Spotted by Locals, aplikasi yang menawarkan tip di mana nak makan, beli-belah dan kunjungi di 44 bandaraya di Eropah. Atau cuba LocalEats, aplikasi yang beri panduan di mana nak makan berdasarkan kedudukan GPS kamu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor