Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

28 Tip Rancang Percutian Sempurna

Merancang untuk pergi bercuti? Inilah panduan untuk kamu merancang percutian stress-free, siap dengan VIP perks.

3 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

ELAK KEJADIAN BURUK

10. BAWA necessities dalam beg carry-on manalah tahu bagasi kamu hilang. Ini termasuk duit, seluar dalam, nombor telefon, salinan pasport, berus gigi, ubat sakit kepala, pengecas bateri telefon bimbit atau komputer riba.

11. TELEFON pusat kad kredit dan beritahu ke mana kamu nak pergi dan lama mana, supaya mereka tidak sangka kad kamu disalah guna dan terus menutup akaun kamu.

12. LABUR untuk insurans perjalanan kalau kamu ke luar negara terutama jika mahu melakukan aktiviti berisiko tinggi seperti main ski atau panjat gunung. Insurans nyawa kamu mungkin hanya melindungi kamu di Malaysia saja dan tidak di tempat lain.

13. BAWA wang tunai bernilai seratus ringgit (atau ikut mata wang negara kamu kunjungi) dalam jaket atau poket jeans. Manalah tahu beg kamu kena curi atau hilang.

14. BUAT salinan tiket penerbangan atau tempahan hotel walaupun kamu dah ada kod QRnya dalam telefon bimbit. Dibuatnya telefon bimbit kamu hilang atau kehabisan bateri dah satu masalah bila nak check-in nanti.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor