Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

28 Tip Rancang Percutian Sempurna

Merancang untuk pergi bercuti? Inilah panduan untuk kamu merancang percutian stress-free, siap dengan VIP perks.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

DAPAT UPGRADE DARIPADA HOTEL

9. Kini ada banyak laman pelancongan yang memberi peluang untuk pengguna buat komen, jadi hotel sudah tentu mahu kamu gembira jika tinggal di tempatnya. Kamu boleh beritahu tentang ‘kelemahan’ bilikmu (sempit atau suasana bising kerana terlalu dekat dengan lif), ada kemungkinan kamu boleh dapat an upgrade. Beritahu meja depan tentang perkara ini dalam masa sejam selepas check-in; dalam cara yang sopan dan direct, dan katakan ia tidak memenuhi jangkaan kamu.

Kemudian, beritahu apa yang kamu inginkan, sama ada ruang lebih baik atau better view. Atau tunggu sehingga petang untuk meminta upgrade bilik kerana masa itu pengurusan akan tahu berapa bilik masih kosong. Jika itu gagal, gunakan ayat ‘hari istimewa’ sama ada anniversary atau hari jadi dan kamu nakkannya jadi sangat istimewa.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor