Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

28 Tip Rancang Percutian Sempurna

Merancang untuk pergi bercuti? Inilah panduan untuk kamu merancang percutian stress-free, siap dengan VIP perks.

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

PACK SEPERTI PRO

1. PILIH busana yang penting saja dengan teknik suai padan seperti jeans gelap dan kemeja-T longgar untuk cipta penampilan berbeza setiap hari. Bawa pakaian yang tak mudah kedut dan multitask: Seluar yoga boleh jadi seluar tidur juga.

2. PAKAI yang mana berat (but, kardigan tebal) pada hari kamu travel, supaya kamu tak perlu risau nak muatkannya dalam beg.

3. SIMPAN pakaian paling dressy terlebih dulu kerana ia paling mudah renyuk. Asingkan setiap helai baju dengan kertas tisu, atau letakkan dalam beg dry-clean. Kertas tisu atau plastik akan elakkannya daripada berkedut.

4. GILIRKANNYA dengan pakaian yang takkan kedut. Lipat supaya ia serata. Melipat akan mengurangkan penggunaan ruang tapi jika bek kamu ada sisi lembut, gulung setiap pakaian – kandungan dalam beg lembut mudah bergerak dan pakaian bergulung takkan memudahkannya jadi begitu.

5. SELITKAN kasut pada bahagian tempat kasut jika beg kamu ada ruang itu. Jika tidak, balutkan setiap satu dengan beg plastik dan sumbat pada sisi beg.

6. SUMBAT item kecil seperti seluar dalam ke dalam kasut; stokin boleh muat dalam kantung bra. Letak tali pinggang memanjang di sisi beg takpun gulung dan simpan di sisi beg.

7. LETAK alatan seperti pengering rambut atau pengecas bateri antara pakaian dan pada bahagian tengah, kerana ia lebih berlapik.

8. SIMPAN toiletries dalam beg plastik kecil atau letak dalam poket berzip takut ia tertumpah.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor