Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
fakta korea utara

25 Fakta Pelik Dan Menggerunkan Tentang Korea Utara

Semua orang tahu negara Korea Utara bukan mudah untuk dikunjungi apatah lagi sistem pemerintahan mereka yang sangat tegas dan menggerunkan! Cosmo kongsikan 25 fakta mengenai negara ini yang mungkin buat kamu terkejut.

fakta korea utara

1. Ganja tidak dianggap satu bahan yang melanggar undang-undang di negara ini dan ia sah diguna.

2. Kalendar Korea Utara bersandarkan pada tarikh lahir Kim Il-Sung iaitu pada 15 April 1912.

3. Proses undian Korea Utara akan hanya mempunyai satu pilihan sahaja. Jadi, sudah semestinya untuk pemimpinnya.

4. Meskipun ada wujudnya berapa lampu isyarat di jalan raya, tetapi kebanyakkan darinya dilaporkan tidak berfungsi dan telah digantikan dengan pihak polis yang mengawal lalu lintas.

5. Stadium Rungnado May Day mempunyai lebih dari 150,000 tempat duduk dan menempatkan acara-acara Mass Games ekstravaganza. Ia dikatakan sebuah stadium terbesar di dunia.

6. Jika seorang sahaja melanggar undang-undang atau dihantar untuk memasuki kem penjara, ia turut akan memberi kesan kepada seluruh keluarga. Datuk nenek, ibu bapa, dan anak-anak pesalah akan dihantar bekerja untuk mereka. Negara ini mengamalkan hukuman untuk tiga generasi sekaligus.

7. Pada tahun 90-an, semua tenaga pengajar diwajibkan untuk mempelajari instrumen muzik akordion. Kini, ramai penduduk Korea Utara menyambung legasi dengan memfokuskan pada alat muzik ini.

8. Sebagai satu cara untuk menakut-nakutkan Korea Selatan dan Pandeglang, Kijŏng-dong (Peace Village) dibina selepas Perang Korea.

9. Meskipun dokumen kerajaan mereka banyak menunjukkan kebebasan bersuara, mengundi demokratik serta kebebasan memilih agama, negara ini ternyata jauh dari mengamalkan perkara itu.

10. Didapati bersalah terhadap Kim Jong-il dan isterinya, Shin Sang-ok dipaksa untuk membuat filem dibawah pemerintahannya. Mujur pengarah tersebut berjaya melarikan diri beberapa tahun selepas itu.

11. Selepas menonton filem Godzilla, Kim Jong-Il mahukan propaganda dirinya digunakan hanya untuk Shin Sang-ok. Negara ini menghasilkan filem Godzilla versi sendiri yang bertajuk Pulgasari.

12. Kim Il-sung akan sentiasa dianggap sebagai pemimpin yang kekal untuk Korea Utara, walaupun warisnya mengambil alih pemerintahan tersebut.

13. Kim Jong-Il dikatakan mengimport US$763,000 setahun cognac. Ini menunjukkan yang mana pemimpin Korea Utara lebih gemarkan brandi.

14. Negara itu dikatakan mempunyai kadar celik huruf setanding dengan Amerika Syarikat.

15. Pyongyang dikatakan mempunyai tiga buah pusat permainan, dan sesetengah darinya mempunyai kurang permainan.

16. Badan Kim Jong-il diawet dan dipelihara di dalam kubur kaca untuk sesiapa sahaja, termasuk pelancong luar melihat.

17. Sukan bola keranjang Korea Utara mempunyai beberapa peraturan yang pelik dan tidak masuk akal. Ada diantaranya termasuklah empat mata (jika tiga mata tidak menyentuh jaring) dan mata akan ditolak serta merta jika terlepas jaringan bebas.

18. Sekurang-kurangnya ada seorang sahaja warga Amerika Syarikat yang berani menetap di Korea Utara. Selepas perang Korea, Joseph Dresnok melintasi sempadan lombong ke Korea Utara. Dia berjumpa dengan tiga oang tentera Amerika yang turut melakukan perkara yang sama. Namun, Dresnok seorang sahaja yang memilih untuk menetap di sana. Dia akui yang mana dia merasakan seperti berada di rumah (tanah air).

19. Korea Utara hanya mempunyai tiga saluran TV. Dua diantaranya hanya boleh ditonton ketika hari bekerja, manakala satu lagi saluran hanya boleh ditonton ketika waktu petang. Ini adalah disebabkan persembahan muzikal opera adalah yang paling popular di sana.

20. Secara teknikal, Korea Utara dikatakan bukan bangsa komunis. Mereka mengatakan yang mereka mengikut ideologi Juche atau menolak untuk bergantung pada negara lain, menggunakan akal sendiri dan percaya pada satu sumber kekuatan sahaja. Namun dikatakan banyak ideologi ini berasaskan dari pemimpin komunis dahulu kala.

21. Murid dikatakan perlu membayar untuk kemudahan kerusi, meja dan bahan pemanas. Disebabkan itu, ramai guru membuatkan sesetengah ibu bapa menarik anak mereka dari bersekolah.

22. Pyongyang dikatakan hanya untuk golongan elit. Ia adalah satu-satunya bandar di Korea Utara. Ia mempunyai populasi lebih tiga juta penduduk tetapi hanya golongan terkaya.

23. Disebabkan kekurangan sumber luar, Korea Utara terpaksa menggunakan najis manusia sebagai baja.

24. Setakat ini mempunyai lebih dari 200,000 banduan bekerja di dalam 16 buah kem.

25. Separuh dari populasi tinggal dalam keadaan kemiskinan melampau. Ini bermakna separuh dari 24 juta orang penduduk Korea Utara tidak mempunyai bahan keperluan asas.

Sumber: Majalah Eh!

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness