25 Cara Sensual Manjakan Dirimu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
sensual

25 Cara Sensual Manjakan Dirimu

Kamu tak perlu berbelanja besar atau usaha banyak untuk pastikan dirimu rasa disayangi. Idea Cosmo yang ultrapleasurable ini cukup mudah dibuat, tak mahal dan direka untuk berikan lima deriamu kejutan memuaskan. Selepas ini kamu pasti rasa lebih seksi.

sensual

1. Letakkan semangkuk potpouri berbau sitrus di tepi katilmu. Cuba orange blossom kerana ia mengandungi pati neroli, antara bahan aphrodisiac tertua di dunia.

2. Pakai sleeping mask selepas masuk berendam dalam air hangat berwap. ‘Menggelapkan’ satu deria akan menyemarakkan yang lain, jadi kamu akan jadi lebih fokus pada ‘sentuhan’ air pada seluruh tubuhmu. Awas: Jangan lakukan ini jika kamu rasa mengantuk ya – terlena sambil berendam is never a good thing.

3. Simpan semangkuk anggur ke dalam peti ais. Bila kamu pulang ke rumah selepas hari yang panas, gigit satu persatu dan rasai percikan jusnya dalam mulutmu.

4. Katakan ‘tidak!’ kepada bunyi beep, beep, beep untuk kejutkan kamu di pagi hari. Setkan bunyi penggera kepada lagu yang kamu kaitkan dengan rasa seksual hangat atau percutian yang cukup relaks. Selamat pagi dunia!

5. Pasang video seksi, malapkan lampu dan goyangkan pinggulmu kerana tiada siapa sedang memerhatikan kamu.

6. Pada waktu senja, tanggalkan pakaian dan lihat dirimu di depan cermin. Enam puluh minit sebelum matahari terbenam digelar sebagai waktu magis di Hollywood kerana pencahayaan pada waktu itu cukup flattering.

7. Dinginkan losen badan dalam peti sejuk dan sapukan pada tubuhmu sebelum masuk tidur.

8. Pada malam yang kamu makan sendirian, daripada memilih untuk yang dimasak segera dalam ketuhar, apa kata kamu treat yourself dengan hidangan mewah seperti pan-seared fillet.

9. Sesetengah pakar kecergasan menyarankan kamu lakukan tekan atau bangkit tubi sebaik saja bangun tidur. Kali ini, teruskan baring dan ‘kerjakan’ otot kewanitaanmu (iaitu senaman kegel) untuk beberapa ketika.

10. Halakan kepala air pancur kepada bahagian punggungmu untuk urutan segera.

11. Selepas lakukan Brazilian wax, sarungkan seluar silky. Rasa kain itu pada kulit yang bare dan supersensitive pastinya… Amazing!

12. Rakam gambar seksi dirimu dan simpannya dalam fail peribadi sulit. Bila kamu cecah usia 70 tahun bolehlah lihat semula dan ingat kembali betapa hebatnya dirimu dulu.

13. Cipta satu sudut yang cozy lagi selesa di mana kamu boleh rehat dan zone out. Bantal gebu, kerusi santai dan lampu cerah, warna lembut akan berikan ruang itu suasana yang tenang.

14. Benarkan dirimu untuk melayan filem yang ada babak hangat hingga buatmu rasa ‘kecut perut’. Dua kegemaran Cosmo? Babak asmara Josh Hartnett dan Kate Beckinsale dalam Pearl Harbour serta Brad Pitt dan Rose Byrne dalam Troy. Oh-la-la!

15. Biar kakimu tergantung di atas sprinkler, nikmati rasa geli-geli best bila air memancut pada tapak kakimu.

16. Tukar wangian – dan lokasi kamu menyemburnya pada tubuh – setiap hari. Kerana hidung akan jadi terlalu biasa dengan wangian yang sama.

17. Titiskan sedikit minyak peppermint pada rambutmu ketika sedang mandi. Setiap kali kamu gerakkan kepala, kamu akan gembira dengan baunya yang memukau.

18. Selepas mandi, keringkan badan menggunakan tuala yang tebal dan gebu.

19. Belanja dirimu biji kopi mahal dan nikmati secawan di rumah sebelum kamu keluar ke tempat kerja. Ia akan rasa lebih enak bila kamu tidak tergopoh-gopoh.

20. Bila cuaca panas terik, mandi air sejuk pun tak memadai untuk buat kamu rasa lebih selesa selepas selesai bersenam. Elakkan berpeluh dengan menyarung robe yang telah disejukkan di dalam peti ais selama kira-kira sejam.

21. Daftar masuk kelas pastri semata-mata untuk pelajari cara membuat pai chocolate-ganache yang kamu boleh nikmati bila-bila masa saja kamu teringinkannya.

22. Sebagai peringatan kepada dirimu yang hot itu, susun almari dengan meletakkan pakaian paling seksi – apa saja berwarna merah atau dengan animal print – pada posisi paling depan dan tengah.

23. Berikan dirimu goose bumps dengan meleret perlahan berus gigi baru dan bersih pada lekuk leher dan tulang bahumu.

24. Tambahkan secubit rempah saffron ke dalam burger atau semangkuk sup. Kajian menunjukkan yang ia boleh buatkan keinginan seksualmu terangsang.

25. Sebelum lelapkan mata, bancuh teh o atau air coklat panas untuk dihirup di atas katil sambil menonton TV atau mendengar lagu kegemaran. Ini dapat menyediakan tubuhmu untuk sesi tidur lena dan nyenyak. Jangan lupa pendingin hawa pada suhu optimum 25 darjah ya…

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor