20 Perkara Sensual Perlu Buat Ketika Mandi - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
sensual

20 Perkara Sensual Perlu Buat Ketika Mandi

Perasaan terapung-apung dan menenangkan ketika berendam dalam tab mandi memang mengasyikkan. Tambah keseronokan dengan inspirasi ini dan kamu dijamin tak mahu keringkan badan.

sensual

1. Selepas lalui hari yang mencabar, titis minyak jasmine ke dalam air rendaman – aromanya terbukti mampu hilangkan tekanan.

2. Selamkan seluruh tubuh ke dalam air dan timbulkan hanya bahagian wajah. Menurut doktor, air suam berfungsi mengembangkan kapilari darah tubuh seterusnya meningkatkan peredaran oksigen ke sel dan membuat kamu rasa tenang.

3. Nikmati ice pop. Kombinasi perisa buah-buahan sejuk di dalam mulut ditambah kehangatan air di seluruh tubuh ibarat nikmat tak terhingga.

4. Padamkan lampu dan nyalakan lilin aroma. Ia mencipta suasana suram dengan efek menakjubkan dan buat tubuh kamu kelihatan hebat.

5. Telefon suami dan pasang loud speaker. Mungkin si dia tak nampak susuk tubuhmu tanpa seurat benang itu, tetapi mendengar bunyi percikan air mampu ‘liarkan’ imaginasinya.

6. Ambil sejambak bunga mawar yang kembang mekar dan campakkan kelopaknya dalam air rendaman. Tindak balas dengan air menghasilkan pati minyak yang membuat tubuhmu berbau harum.

7. Dengarkan kisah erotik versi audio di iPod. Begini, kamu boleh dapatkan inspirasi mengghairahkan tanpa basahkan halaman buku.

8. Picit sedikit gel mandian di jari dan gosok bahagian lekuk kecil di belakang pergelangan kaki. Kamu akan meransang titik tekanan yang dipercayai dapat tingkatkan perasaan seronok di seluruh tubuh.

9. Ada jenama sabun yang mampu hasilkan buih yang banyak. Letakkan sedikit buih di lokasi ‘strategik’, rakamkan gambar dan hantar mesej kepada suami.

10. Rendamkan tuala kecil ke dalam air, kemudian tekapkan di wajah untuk seketika – ia mampu membuka liang pori tersumbat dan buat kulit lebih licin.

11. Beli sebotol jus sparkling perisa kegemaran sebelum sesi mandi-manda. Manjakan diri sambil nikmatinya ketika berendam.

12. Tab mandi kamu ada hos pancut? Halakannya di bawah belakang tubuh, bahagian di mana wanita cenderung membebankan semua tekanan.

13. Pasangkan muzik klasik. Kajian menunjukkan bunyian sebegini mampu perlahankan kadar denyutan jantung.

14. Cipta sauna di dalam bilik mandi kamu. Sebelum penuhkan tab, pasang aliran air panas daripada pancuran dan tutup pintu. Selepas lima minit, seluruh bilik mandi akan dipenuhi dengan wap.

15. Dapatkan bath bomb dan masukkanya ke dalam air ketika mandi. Buih-buih kecil akan terhasil ‘menyelimuti’ seluruh tubuh kamu.

16. Pastikan air rendaman bersuhu 99 darjah Farenheit (bersamaan 37.2 darjah Celcius) – kamu boleh periksa menggunakan termometer. Menurut doktor, ia suhu terbaik untuk buat kamu rasa tenang.

17. Tinggalkan telefon bimbit di ruang lain dalam rumah. Kamu akan lebih menikmati setiap saat tanpa sebarang gangguan.

18. Dapatkan alat pengurut kalis air dan gunakannya untuk redakan tekanan di leher.

19. Campurkan setengah cawan baking soda ke dalam air rendaman. Keperluan dapur ini bertindak melembapkan kulit kamu yang kering ekoran kerap terdedah suhu sejuk alat penyaman udara.

20. Semburkan minyak wangi suami di dalam bilik mandi. Menghidu baunya sahaja cukup buat kamu rasa hangat ketika sedang basah.

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor