Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

20 Perkara Menyeramkan Yang Kamu Buat Semasa Bercinta

Berada di alam percintaan sebenarnya membuatkan kamu menjadi seorang cute stalker. Baca lebih lanjut tentang 20 perkara menyeramkan yang kamu lakukan semasa bercinta.

22549796_m

 

Bila kamu berada dalam hubungan yang serius bersama pasangan, kalian akan semakin rapat dengan satu sama lain. Semua yang kalian lakukan bersama akan terasa seperti normal dan cute. Tapi jika kalian adalah strangers dan tidak bercinta, pasti kalian akan anggap semua yang dilakukan pasangan bercinta itu sangat menyeramkan.

 

1) Tahu saja si dia berada di mana pada setiap masa, ibarat si dia dikenakan perintah berkurung dan kamu merupakan pegawai parolnya

Lebih creepy jika kalian berkawan di aplikasi Find My Friends, jadi kamu boleh buka saja telefon pintar kamu dan tahu si dia berada di gim, seperti biasa.

 

iOS-8-Find-My-Friends-in-Messages-Details-screen

 

2) Merenung pasanganmu yang lena tertidur di dalam kereta tanpa berkelip-kelip

Sambil menunggu si dia hilangkan lelah, kamu boleh saja buat hal lain seperti main game di telefon, tapi kamu lebih suka lihat si dia tidur kerana dia kelihatan sangat cute semasa tidur.

 

3) Kamu sedar yang si dia tahu bila kamu datang bulan dan bila kamu tak datang bulan

Si dia tak lupa belikan kamu tampon atau pad apabila kamu kehabisan stok atau semasa kamu memerlukannya. Dia dah tahu sangat jenama apa yang kamu suka atau sebaliknya.

 

4) Memanggil si dia dengan semua nama kecuali nama betulnya

Jika orang lain panggil kamu “My busuk” pasti kamu pelik, kan? Tapi jika si dia yang memanggil kamu sebegitu, pasti kamu “Aww, comelnya!”

 

berikan-kejutan

 

5) Belikan si dia sesuatu yang sudah lama dia idamkan, seperti 6 bulan lalu apabila si dia beritahu kamu yang dia sudah lama mahu buat homemade sushi

Jadi kamu dapatkan dia DIY sushi kit dan sudah tentu dia sangat sukakannya. Si dia juga pasti sudah lupa yang dia pernah memberitahumu tentang perkara tersebut dan ini yang membuatkan si dia lebih sukakan apa yang kamu beri itu.

 

6) Cakap perkara seperti, “Comelnya you ni, I rasa nak gigit je!

Menakutkan apabila Hannibal atau Zombie yang cakap seperti itu tetapi comel jika kamu yang mengucapkannya.

 

7) Cabutkan benang berlebihan pada bajunya atau bersihkan kotoran pada wajahnya in public

Orang kata monyet ‘membersihkan’ pasangannya untuk menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain, jadi tak salah jika manusia melakukan perkara yang sama bukan?

 

8) Katakan padanya yang terdapat sesuatu dalam hidungnya dan bantu si dia mengeluarkannya

Seperti orang kata, “You can pick your friends, you can pick your nose…?

 

old_phone_girl_talking

 

9) Menghubungi si dia 12 kali berturut-turut sebab kamu tahu dia bukan tidak mengendahkan kamu tapi dia memang selalu mandi lebih lama daripada perempuan

Apabila terdapat million missed calls daripada orang lain selain pasangan kamu pasti membuatkan kamu menganggap national crisis sedang berlaku.

 

10) Makan makanan si dia dan apa saja yang si dia pesan, kerana dia selalu pesan makanan yang kamu mahukan sebenarnya

Kamu sudah tentu tak patut makan makanan orang, kecuali orang itu adalah seseorang yang kamu cinta, then it’s fine.

 

11) Berbalas mesej atau hubungi ibu bapanya (atausanak saudaranya) untuk berhubung atau bertanya tentang si dia

Even teman rapat kamu tidak buat begitu, tapi kalau teman lelaki? Sure, whatever. Normal.

 

12) Mengetahui si dia selalu membuang air besar setiap pagi selepas minum kopi

Lebih baik jika kamu sudah kenal benar dengan bau kentut si dia dan kamu boleh tahu itulah bau kentut si dia even in public.

 

13) Post gambar throwback si dia semasa kecil di akaun Instagram kamu selain gambar sendiri

Bukanlah kamu tak cantik tapi gambar si dia memakai baju belang bersama bowl cut adalah satu perkara yang sangat cute tentang si dia dan semua orang perlu tahu tentang ini.

 

Blog-pic-woman-fixing-man-tie-5318519

 

14) Berjalan ke arahnya dan betulkan rambutnya in public, seperti kamulah his personal glam squad

Si dia kelihatan lebih kacak dengan rambut yang sedikit messy dan kamu boleh bantu si dia mendapatkan rupa sebegitu.

 

15) Mengetahui setiap inci dan ukuran badan si dia untuk setiap jenis pakaian

Jadi apabila kamu ternampak seluar yang si dia patut miliki, kamu tak perlu tanya si dia seperti, “Hai, berapa saiz seluar yang kamu pakai semasa J.Crew hari tu?”

 

16) Membantu si dia mencabut bulu keningnya

Ini kerana kamu lebih tahu bagaimana untuk cabut dan membentuk keningmu lebih daripada si dia.

 

17) Mengetahui semua kata kunci untuk semua akaun yang si dia miliki

Dan jika kamu tak tahu passwordnya pun, kamu boleh saja teka sebab kamu tahu setiap nama haiwan peliharaan yang pernah si dia miliki dan semua kata kunci rahsia yang lain yang si dia mungkin gunakan.

 

18) Kamu berkebolehan untuk meniru tandatangan si dia, just in case

Ini kerana kamu selalu saja mengambil barang atau apa saja menggunakan kredit kad si dia, atau vice versa.

 

19) Kamu tahu saja jadual penerbangan si dia apabila si dia perlu kerja outstation, jadi kamu tahu yang si dia sentiasa selamat

Kamu mempunyai tracking map untuk track si dia walaupun ketika kamu sedang bekerja.

 

couple-having-dinner-on-the-beach-366x243

 

20) Kamu sentiasa tahu makanan yang si dia selalu pesan ada di setiap restoran kegemaranmu

Si dia juga tahu apa yang selalu kamu pesan dan ia membuatkan setiap impromptu lazy nights kalian lebih senang.

 

Foto utama: 123rf.com/Artikel asal: Hannah Smothers

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor