
20 Perkara Menjijikkan Tentang Kecantikan Semua Wanita Lalui
Kamu wanita? Kamu pasti lalui perkara ini!
1. Membawa bersama produk yang lulus TSA dalam beg plastik sama ketika naik pesawat, tanpa menyimpannya kembali ke dalam beg solekan kamu yang cantik itu. Ini sebahagiannya kerana mungkin kamu malas, tetapi lebih-lebih lagi kerana kamu takut kamu rosakkan beg solekan kerana ada kemungkinan produk meletup! Apapun, selepas seminggu semua produk bergeseran sesama sendiri dalam palstik berkedut ini, rupanya agak menggelikan (dan tidak bersih).
2.Apabila kamu cuba gunakan cermin dari beg solek, tetapi tidak boleh kerana ada selaput solekan menutupinya. Dan apabila kamu cuba untuk lapkan dengan jari, kamu masih tidak boleh melihat diri kamu kerana kamu hanya mencomotkannya lagi. The.Struggle.Is. Real.
3. Apabila habuk dari beg tangan atau poket terlekat sekitar skru penutup glos. Tak pasti pula bagaimana ini berlaku, tetapi debu dari bahagian bawah beg tangan (atau poket jeans) melekat di bawah tudung glos dan bercampur dengan sisa-sisa glos yang lekat pada aplikator. Kotor tetapi kamu tak tahu caranya untuk ia tidak berlaku.
4. Bila kamu berus gigi lepas pakai gincu dan gincu melekat pada kepala berus gigi. Sekurang-kurangnya tak kena gigi.
5. Bila kamu pakai baju lepas dah siap bersolek dan bedak asas melekat pada kolar baju. Lagi menyampah bila kamu mencuba pakaian di kedai dan ada bekas bedak orang lain pada kolar baju tu (telekung awam pun sama juga).

Foto: Kathleen Kamphausen
6. Bila rambut melekat pada bibir berglos kemudian tercalit pada wajah yang dah siap berbedak. Sakit hati!
7. Apabila apa-apa saja yang datang dalam tiub melecet keluar bila kamu nak guna. Keluar banyak pula tu.
8. Bila kamu pakai bedak asas, selepas itu warnanya melekat pada jari dan bila kamu pegang barang lain, habis melekat cap jari kamu. Kamu cepat cepat lap dengan tisu basah tapi kesan cap jari tu tak mahu hilang.
9. Bila ada seketul maskara termasuk dalam mata. Bila kamu cuba keluarkannya (1) maskara comot, padahal dah kemas elok dah tadi, (2) mata jadi merah sebab kamu usik dengan jari.
11. Jika kamu guna produk solekan bertekstur krim, selepas itu ada yang melekat bawah kuku. Apa-apapun tolong jangan calit yang bawah kuku tu pada wajah okey.
12. Bila ada tompok atau bulu yang entah dari mana datangnya melekat pada produk. Benda-benda kecil begini memang suka melekat pada produk kamu yang bertekstur krim, kalau bedak tak ada pula! Boleh saja kalau kamu nak keluarkannya dengan putik kapas tapi kamu malas.
15. Bila akhirnya kamu cuci berus dan kamu lihat warna keruh yang mengalir dalam sinki. Itu yang kamu ‘simpan’ dalam berus tu selama ini! Pengsan!
16. Kamu tak cuci pengasah dan ada warna dan habuk pensel melekat pada bilahnya. Memang susah nak bersihkan, kalau pakai jari takut terluka pula, jadi kamu buat tak tahu saja. Tapi bila kamu asah pensel bibir selepas pensel mata, lipliner kamu pun dah jadi warna lain.
17. Bila ada produk pecah atau meletup dalam beg. Semua orang tahu ini nightmare: Pensel mata tercabut penutupnya dan menconteng bahagian dalam beg, bedak pecah sampai semua benda pakai bedak termasuklah kunci kereta. Memanglah kamu boleh biarkan saja sebab nak bersihkannya memerlukan kamu re-organize seluruh beg! Tiup sajalah yang mana boleh.
18. Kamu bawa roll-on fragrance dalam beg tangan tapi tak pakai sehinggalah kawan kamu nak pinjam. Bila keluarkan rupanya dan comot dengan bekas pen, habuk dan apa saja yang bergumpal dalam beg kamu tu. “Sumpah dulu ada label.”

19. Bila ada gumpalan kering di bawah penutup losen atau ubat gigi. Jika kamu tak selalu bersihkannya, ada kemungkinan ia kelihatan begini (atau lebih terus, berkulat!):
20. Bila kamu calitkan lebihan glos pada muncungnya, tapi lama-lama bergumpal dan masuk ke dalam penutupnya. Ini juga berlaku bila kamu asyik buka tutup glos dan ada kalanya ia meletup keluar macam gunung berapi dan mencomotkan penutupnya.
Foto: Ruben Chamorro/Artikel asal: Carly Cardellino & Brooke Shunatona
Nana Marlini
Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.