Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

20 Perkara Kena Buat Sebelum Umur 35

Tak kisahlah jika lambat lagi atau tinggal satu dua lilin saja lagi, senarai ini dijamin akan buat kamu lebih puas hati selepas melakukannya… Dan bersedia untuk hadapi masa depan yang lebih awesome!

 

  1. Lupakan kemarahan lampau. Melepaskannya akan buat kamu lebih bersedia untuk hadapi cabaran baru.
  2. Rabu ini, buat pelan ke mana kamu nak pergi Jumaat ini – dengan flight. Kembara last minute seperti ini akan jadi sukar bila usia lanjut, sebab masa itu kamu dah banyak tanggungjawab.
  3. Lupakan ayat-ayat yang biasa kamu gunakan di sekolah menengah dulu, seperti “tak boleh blah” atau sebagainya. Ia tak bagi kamu untung pun.
  4. Miliki album gambar bercetak yang eksklusif, selain daripada di Facebook. Ia memberikanmu bukti nyata lagi jelas yang kamu dah rock your youth!
  5. Bawa suami ke hotel murah semata-mata untuk sesi hubungan intim ketika waktu makan tengahari. Lepas umur 35 tahun, pasti kamu rasa dah tak kuasa nak buat begitu.
  6. Kerja sepenuh masa? Tanya majikan kamu tentang manfaat akaun simpanan hari tua yang berlainan daripada KWSP.
  7. Masih membujang? Ajak teman baik ke speed dating untuk berkenalan dengan jejaka baru.
  8. Belanja dirimu makan malam mewah. Lepak di restoran dengan buku yang best dan chill tanpa asyik nak periksa telefon bimbitmu setiap seminit.
  9. Anjurkan parti minum petang di rumahmu. Minta semua tetamu datang melawa dengan LBD dan bersantai.
  10. Bersetuju untuk keluar blind date tanpa bertanya seribu satu soalan tentang latar belakang jejaka tersebut. Just go.
  11. Have a cause. Membabitkan diri dalam badan-badan kebajikan bukan saja buat kamu lebih menarik, malah kamu juga akan nampak lebih produktif.
  12. Beli satu barang kemas yang menjadi simbol kepada apa yang telah kamu capai. Ia akan menaikkan keyakinan diri setiap kali kamu melihatnya.
  13. Masa untuk ‘cuci’ kitaran sosial kamu dengan menyingkir deadweights (pasti kamu tahu siapakah mereka-mereka itu).
  14. Lebarkan jaringan sosial dengan mengajak teman yang kamu kagumi untuk perkenalkan kamu kepada teman yang dia kagumi pula.
  15. Belajar ayat kutuk dalam bahasa asing. Kerana ‘Kamu ni bodoh’ bunyinya lebih seksi dalam bahasa Perancis.
  16. Kenali jenis mocktail. Ketahui kenapa rasanya begitu kamu sukai, supaya kamu boleh jelaskannya kepada pakar mocktail dan minta cadangan baru.
  17. Hentikanlah berpakaian yang tak kena dengan gaya peribadimu. Kenakan pakaian yang lebih sesuai dan buat diri kamu rasa lebih berkeyakinan.
  18. Minta kenaikan gaji jika kamu rasa layak menerimanya. Memang menggentarkan, buat jantung nak terkeluar, tapi penting untuk pastikan kerjaya kamu terus maju.
  19. Kalau dah berkahwin, kenapa nak segan baca buku mengenai seks? Kamu dah dewasa dan tak perlu malu untuk mengenali dan mengetahui apa kehendak tubuhmu.
  20. Pilih idola yang ‘larger than life‘, dan kalau era lama pun tak mengapa – Jackie O, Audrey Hepburn, Siti Nurhaliza takpun Amy Search (lelaki pun boleh). Jadikan mereka model fun dan fearless untuk gaya atau sikapmu.

 

Foto: 123RF.COM

 

 

.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor