Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

20 Perangai Wanita Yang Buat Lelaki Keliru

Kaki selfie, lukis kening dan tak putus-putus membeli baju baru – antara perangai wanita yang buat the boys langsung tak faham.

Foto: Nick Onken

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1.“Setahu saya, Malaysia ni panas sepanjang tahun, tapi kenapa wanita suka beli baju musim sejuk yang kebanyakannya tebal? Kemudian complain sebab panas.” – Azlan, 24

2. “Wanita kini lebih empowered berbanding dulu, tapi masih lelaki yang kena mulakan langkah pertama. Wanita selalu pilih ‘the bad boys,’ tapi dengan lelaki yang baik termasuk dalam ‘kawan biasa’ saja. Oh ya, bukannya kami boleh ingat hadiah hari lahir yang wanita nak walaupun dia pernah sebut semasa keluar bersama tiga bulan lalu!” – Khairul, 32

3. “Memang confuse dengan pemikiran lapar-boleh-datangkan-kemarahan wanita itu.” – John, 27

4. “Tak faham kenapa wanita kena ke tandas beramai-ramai. Bila seorang daripada wanita bangun dan bertanya ‘Ada sesiapa nak pergi tandas tak?’ Apa yang kalian buat di situ? Lebih seronokkah?” Aaron, 21

5. “Saya jadi keliru bila hubungan nampak dah mekar dan tiba-tiba, dia kata tak bersedia nak serius. Kemudian, saya dapat berita dia dah bertunang dan akan berkahwin tengah tahun ini.” – Omar, 27

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor