Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

20 Nasihat Cinta Terbaik Daripada Lelaki

Tak semestinya kamu saja yang betul, si dia juga ada pendapat dan perspektif tersendiri dalam bab perhubungan. Jejaka Cosmo berkongsi 20 nasihat terbaik tentang cinta. Let’s get familiar!

33180180 - i need to think. picture of handsome young man holding hand on chin and thinking while standing against cloud chalk drawing on blackboard

1. Jangan terus bersama dengan orang yang suka menyakiti atau memperkecilkan kebolehan kamu kerana ia beri impak besar sepanjang hayat!

2. Percayalah! Kamu perlu tahu bila untuk tinggalkan jika hubungan itu tak berjaya. Jaga perasaan sendiri dan jangan ‘makan hati’.

3. Bila mentol lampu terbakar, kamu akan tukar mentol baru, bukannya beli rumah baru. Begitu juga dengan perhubungan, selalu perbaiki cara kalian berkomunikasi.

4. Jangan settle down dengan pasangan yang tak ada perasaan terhadap kamu atau kamu hanya sayangkannya kerana perhubungan kalian sudah terjalin bertahun lamanya. Jangan sesekali perjudikan masa depanmu dengan orang sebegini.

5. Mungkin sekarang kamu mencintai satu sama lain, tapi tak bermakna perasaan itu boleh bertahan buat selamanya.

6. Tiada hubungan yang sempurna, pasti konflik timbul. Yang penting, kena ada inisiatif untuk perbaiki dan selesaikannya, bukan lari daripada masalah.

7. Selesaikan masalah jika ada. Jangan memendam rasa kerana ia akan menjadi duri dalam perhubungan. Luahkan apa yang terbuku di hati dan berbincanglah secara baik.

8. Jangan cari pasangan yang perlu dilayan seperti raja atau puteri. Sebaliknya cari yang boleh dilayan seperti rakan kongsi supaya mudah untuk kamu bawa berbincang dan bermanja.

9. Pastikan keyakinan kamu adalah “Saya okey saja jika dia sukakan saya atau tidak,” bukannya “Saya tahu dia sukakan saya.”

10. Kamu tak perlu cari the right person, sepatutnya kamulah yang perlu jadi the right person.

11. Sentiasa jadi yang pertama untuk memohon maaf selepas kalian bergaduh.

12. Kamu tak boleh harapkan orang lain untuk mencintaimu jika kamu sendiri tidak mencintai dirimu.

13. Be real dalam perhubungan. Tolong jangan ‘control cun’ sepanjang masa. Manusia tak sempurna.

14. Jika tiada istilah peluang kedua, semua manusia di dunia ini akan hidup bersendirian.

15. Jika dia sayangkan kenangan lebih daripada dirimu, lebih baik ‘angkat kaki’!

16. Cinta itu hanyalah sekadar kata-kata, sehinggalah kamu membuktikannya melalui perbuatan mahupun bahasa tubuh.

17. Semua orang mencari pasangan sempurna, tetapi tiada siapa yang cuba perbaiki diri menjadi sempurna.

18. Ketika kamu patah hati, jangan menyerah kalah. Percayalah cinta sejati tetap ada. Bertahan dan perbaiki diri.

19. Ketika si dia melakukan kesalahan, tak perlu beritahu semua teman-temanmu. Bukan mereka yang akan memaafkan, tapi kamu.

20. Hidup ini penuh pilihan. Salah satu pilihan sukar adalah memutuskan adakah kamu harus menyerah atau berusaha lebih keras.

 

Foto: 123rf.com

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist