2 Mitos Tentang Bra Dan Payudara - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
2 Mitos Tentang Bra Dan Payudara

2 Mitos Tentang Bra Dan Payudara

Ada banyak mitos yang mengaitkan pakaian dalam dengan risiko mendapat kanser payudara. Ini antara yang popular…

2 Mitos Tentang Bra Dan Payudara

Foto: Shutterstock.com

 

MITOS 1

Tidur dengan memakai baju dalam akan meningkatkan peluang untuk mendapat kanser payudara.
TIDAK “Tiada hubungan antara memakai bra ketika tidur dengan kanser payudara,” kata Deborah Axelrod, pakar bedah payudara.
BOTTOM LINE Lakukan apa saja yang membuatkan kamu rasa selesa.

MITOS 2

Memakai underwire bra boleh menyebabkan kanser payudara.
TIDAK “Dakwaan yang mengatakan baju dalam dengan dawai besi atau baju dalam ketat menyukarkan sistem limfa – yang bertanggungjawab membuang toksin daripada tubuh – dan memerangkap toksin dalam sel payudara, sama sekali tidak betul,” kata Dr. Axelrod, yang juga merupakan Profesor Madya di NYU Langone Perlmutter Cancer Center di kota New York, Amerika Syarikat.

BOTTOM LINE Jangan takut. Tiada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan tersebut.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor