Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

17 Perkara Yang Berubah Selepas Bertunang

He put a ring on it. Now what? Jom lihat apa yang berubah selepas kalian bertunang.

28508024_l

 

1) Kamu boleh mula lakukan perkara yang sudah kamu rancang bersama pasangan untuk masa depan kalian

Seperti menyimpan untuk beli rumah, merancang bila kalian mahukan cahaya mata, mendapatkan satu plan insurans kesihatan dan lain-lain.

 

2) Ibu bapa kamu mula CC si dia pada setiap e-mel keluarga

Keluarga si dia juga selalu saja menjemput kamu untuk setiap acara seperti birthday party, anniversary dinner, religious holiday dan brunch.

 

3) Teman-teman si dia menjadi teman kamu dan begitu juga teman-temanmu

Kamu sudah pun berkawan dengan mereka, tetapi sekarang segala jemputan juga kamu akan dapat seperti company dinner, Super Bowl party dan lain-lain. Kamu seperti sudah sebati dengan mereka.

 

4) Kamu 10 kali ganda lebih sibuk daripada biasa

Sebab kamu mempunyai lebih ramai ahli keluarga dan teman-teman baru sekarang. Juga, kamu busy dengan wedding planning kalian.

 

5) Perancangan perkahwinan kamu menjadi topik pertama semua orang akan tanya

Bagaimana proses majlis perkahwinan kamu? Stress tak? Apakah destinasi untuk berbulan madu? Apakah tema wedding kamu nanti? Gaun pengantin kamu macam mana? Dan macam-macam lagi.

 

beyonce-amas-2008-single-ladies-650-430

 

6) Kamu tidak lagi kisah tentang siapa yang harus bayar untuk apa

Secara automatik, duit kamu akan jadi milik pasanganmu dan begitu juga dengan si dia. Walaupun sebenarnya kalian belum lagi menggabungkan duit kalian.

 

7) Kamu mula join Pinterest

Walaupun kamu tak pernah menggunakannya dan kamu bukanlah peminat nombor satu Mason jar DIY projects, tetapi kamu pasti akan mengunjunginya setiap kali kamu mempunyai masa terluang.

 

8) Kamu kerap mendapatkan rawatan kuku

Sebab kamu ada sebentuk cincin bertatahkan berlian di jari manis kamu yang sebelum ini tiada. So why not?

 

9) Kamu lebih kerap pergi ke majlis perkahwinan bersama

Selepas kamu bertunang, lagi banyak lah jemputan kenduri kahwin yang kamu berdua akan terima daripada kedua-dua belah teman kalian.

 

10) Kamu lebih rajin untuk memasak

Kamu kena jimat duit untuk beli rumah idaman kamu suatu hari nanti. Juga apa guna kamu membeli spaghetti strainer jika kamu tidak berniat untuk menggunakannya?

 

11) Kamu juga lebih rajin membuat pancakes/panini/slow-cooked stews

Semua peralatan dapur kamu begitu cool dan life-changing.

 

12) Semua anak buah dan anak saudara kamu memanggilnya ‘uncle’

Atau anak buah dan anak saudara si dia yang memanggil kamu ‘aunty.

 

maxresdefault

 

13) Ibu bapa kamu mula berhenti bertanya tentang hubungan kalian

Kamu akan berkahwin tak lama lagi. Itulah yang akan berlaku.

 

14) Kamu lebih menikmati musik apabila kamu setkan iTunes kamu on shuffle

Kamu ingin mempunyai playlist yang paling best – termasuk lagu lama dan lagu baru yang menjadi kegemaranmu – jadi tetamu akan lebih enjoy mendengar playlist kamu semasa majlis perkahwinan kamu nanti.

 

15) Kamu mula memanggilnya ‘my fiance

Mula-mula memanggil si dia seperti itu memang lah awkward. Memanggilnya seperti itu juga mungkin kedengaran seperti berpura-pura tetapi itulah yang kamu harus bahasakan si dia apabila ada orang bertanya tentang majlis perkahwinan kalian.

 

16) Kedua-kedua belah keluarga jadi makin rapat

In fact, kedua-dua ibu bapa kalian mula berhubung dan berjumpa tanpa menggunakan kalian sebagai orang tengah.

 

17) Apabila cuti umum, kalian pasti melakukannya bersama

Kalau dulu, kamu pasti meluangkan masa dengan keluarga kamu tetapi sekarang kamu perlu membahagikan masa dan cuti supaya kedua-dua belah keluarga dapat menyambut cuti bersama.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Amy Odell, Lori Fradkin

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor