Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

15 Tip ‘Wajib’ Tahu Agar Terselamat Daripada Situasi Ngeri

Kamu selalu diberitahu untuk stay safe namun masih ada kejadian tak diingini masih berlaku. Satu perkara kamu kena fikirkan: Mungkinkah tabiat harian kamu sendiri yang menyebabkan dirimu terdedah kepada situasi berbahaya ini?

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

11. Kalau kamu membayar makanan di restoran menggunakan kad kredit, sebaiknya pergi ke kaunter pembayaran terus. Ini untuk mengelak pelayan yang tak bertanggungjawab daripada menulis butiran pada kad kamu (termasuk tiga digit penting di belakang kad). Dia boleh gunakan butiran itu untuk shop online!

12. Bila keluar dengan kawan-kawan perempuan, putuskan bersama yang kalian akan pergi dan pulang bersama. Jangan biarkan temanmu pulang sendirian dengan sebarangan lelaki.

13. Jika kamu sedang melarikan diri, sebaiknya berlari dalam bentuk zig zag kerana ia akan meletihkan penyerang kamu.

14. Jangan check-in Instagram atau Facebook bila kamu tiba di mana-mana lokasi. Sebaliknya, check-in bila kamu dah nak balik. Dengan cara ini, sukar untuk sesiapa menjejaki kamu secara digital.

15. Bila di parti, sebaiknya kamu tuang sendiri air minumanmu dan bawanya bersama kamu ke mana saja. Susahlah untuk sesiapa berniat jahat nak masukkan dadah ke dalam minuman tersebut.

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor