Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

15 Tip ‘Wajib’ Tahu Agar Terselamat Daripada Situasi Ngeri

Kamu selalu diberitahu untuk stay safe namun masih ada kejadian tak diingini masih berlaku. Satu perkara kamu kena fikirkan: Mungkinkah tabiat harian kamu sendiri yang menyebabkan dirimu terdedah kepada situasi berbahaya ini?

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

6. Bila kamu membeli ubat di farmasi, ada kala kamu kena beritahu alamat rumahmu. Sebaiknya, jangan gunakan lisan, berkemungkinan ada orang lain di situ akan mendengarnya. Tulis sendiri, lebih baik.

7. Apabila meninggalkan pusat membeli-belah pada tengah malam, minta pengawal keselamatan di situ untuk menemani kamu ke kereta. Sebaiknya janganlah minta tolong pengawal sebarangan, tapi pergi ke kaunter keselamatan supaya mereka boleh menghantar seseorang untuk menemani kamu. Manalah tahu jika penjahat menyamar memakai baju pengawal…

8. Kamu nak daftar masuk ke bilik hotel. Tapi pegawai di reception sebut nama bilik kamu dengan agak kuat, minta mereka memberikan bilik baru kepadamu, dan tulis nombor bilik atas kertas. Takpun, bila kamu nak check-in, minta pegawai di situ supaya tak menyebut dengan kuat nombor bilik kamu.

9. Sebelum kamu masuk ke bilik hotelmu, pastikan tiada sesiapa sedang berlegar di sekitar itu. Bila nampak dah clear, barulah masukkan kunci dan masuk.

10. Kalau kamu nak minta pandu arah daripada seseorang tak dikenali dan dia mahu kamu mengikutnya, jangan turuti. Minta dia tunjuk ke mana nak pergi. Biasanya, penjahat mahu bawa kamu ke tempat lebih sunyi di mana jeritan kamu tak dapat didengari.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor